BOX OF SOLAT

Video
Abstract

BOX OF SOLAT

MUHAMMAD SYAMIL IQHWAN BIN RIDZUAN, AZMAN BIN SAHIDIN, SITI ‘ERFAH AKALILAH BINTI RAMLI, SITI NUR AILYSAH BINTI MOHD SAZALY, NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAZAK, NOR IDAYU BINTI ABDUL RAHMAN

SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG

SRABBST.JAIS@GMAIL.COM

Murid-murid 5 Zubir (SRA Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang)  menghadapi masalah dalam melaksanakan solat  merangkumi rukun solat yang terdiri dari rukun qalbi (hati), qauli (perkataan)  dan Fi’li (perbuatan). Masalah tersebut menyebabkan mereka tidak bersemangat untuk mendirikan solat. Kajian ini bertujuan untuk menangani masalah ini dengan mencari pendekatan terbaik menggunakan kaedah Box Of Solat bagi membantu murid mendirikan solat dengan betul dan sempurna. Box Of Solat menyediakan susunan kad rukun solat yang mengandungi urutan nombor rukun, gambar pelakuan dan bacaan dalam solat. Penguasaan cara mendirikan solat yang betul boleh ditingkatkan dengan merujuk nombor yang disusun untuk dipadankan dengan gambar dan bacaan dalam solat. Seterusnya kad tersebut akan diimbas dan pelakuan solat akan dipapar di telefon pintar.  Dapatan kajian ini mendapati murid-murid yang sebelum ini keliru dengan padanan perlakuan solat dan bacaan yang betul dapat melakukannya dengan lebih baik dan menyeronokkan. Dapat dirumuskan, penguasaan murid dalam solat dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka serta bersesuaian dengan era teknologi kini. Bimbingan yang berterusan untuk sentiasa melakukan   penambahbaikan dalam setiap kaedah yang digunakan merupakan suatu jalan penyelesaian terbaik bagi sesuatu masalah.


Kata kunci: Box of solat, kad rukun solat, telefon pintar.

Team Member
  1. SITI ‘ERFAH AKALILAH BINTI RAMLI
  2. AZMAN BIN SAHIDIN
  3. MUHAMMAD SYAMIL IQHWAN BIN RIDZUAN
  4. SITI NUR AILYSAH BINTI MOHD SAZALY
  5. NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAZAK
  6. NOR IDAYU BINTI ABDUL RAHMAN
Result