REIZOKO PUMP

Video
Abstract

Inovasi yang dihasilkan ialah “Reizoko Pump” iaitu suatu alat mudah untuk mengisi angin bola atau tayar. Reizoko Pump ini dihasilkan di Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat (JAIS) pada Disember 2018. Inovasi ini tercetus selepas guru-guru mempunyai kesukaran untuk mengisi angin bola-bola pelbagai jenis yang terdapat didalam stor sukan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani. Di dalam pasaran, terdapat juga pam yang menggunakan “Compressor Angin” namun harganya mencecah sehingga ratusan Ringgit. Namun, Reizoko Pump ini dihasilkan melalui bahan terbuang yang tidak digunakan lagi. Oleh itu, kelestarian alam dapat diwujudkan demi memelihara bumi ciptaan Allah SWT disamping mengelakkan pembaziran. Di sekolah ianya dapat membantu semua guru termasuk Guru Wanita Muslimah untuk mengisi angin bola atau tayar yang pancit dengan sangat efisyen dan juga dapat menjaga batasan seorang wanita tanpa memerlukan pertolongan individu yang lain. Pam ini dapat menjimatkan masa kerana hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk menyepam sebiji bola. Ia juga dapat menjimatkan wang kerana menggunakan barang-barang terbuang yang digunakan semula. Dengan inovasi ini, pemikiran abad ke-21 dapat diwujudkan demi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Terdapat juga elemen IHES (Integrated and holistic education system) di dalam penciptaan pam ini yang selari dengan matlamat Jabatan Agama Islam Selangor. 

Team Member
  1. MUHAMMAD AL HAFIZ BIN ISA
  2. NOOR HASMIZAH BINTI ABDUL HAMID
  3. SALEHUDIN BIN MOHD SUHAIMI
Result