PAREMETER PEMATUHAN SYARIAH SKIM KUTU EMAS

Video
Abstract

Parameter Pematuhan Syariah Skim Kutu Emas merupakan satu model parameter yang mengandungi inovasi panduan pematuhan syariah berkaitan urusniaga yang melibatkan transaksi jual beli emas menerusi skim kutu emas. Ini kerana terdapat isu syariah yang mesti diperhalusi dalam skim kutu emas ditambah lagi parameter pembelian item ribawi mestilah bersifat tunai dan tidak boleh ada unsur bertangguh.. Model parameter ini membantu para peserta yang terlibat dengan skim kutu emas ini menjalani aktiviti skim kutu emas yang patuh syariah kerana emas merupakan barangan ribawi yang lebih ketat garis panduan urusniaganya. Urusniaga emas sekarang semakin mendapat perhatian kerana sejarah penggunaan dinar emas di samping juga kelebihan emas yang kalis inflasi, tidak seperti wang fiat. Sehubungan itu, parameter ini akan membantu orang ramai untuk lebih mudah mendapatkan emas menerusi skim kutu emas dengan konsep bantu-membantu dari sudut kewangan kalangan peserta yang terlibat. Kesan kepada sosio ekonomi ialah membuka lebih ruang pasaran emas kepada orang ramai untuk membeli dan menyimpan wang dalam bentuk emas. Aplikasi parameter ini secara komersial akan memberikan banyak faedah kepada agensi penjualan emas serta pihak bank yang terdapat penawaran simpanan emas dalam akaun emas. Ini kerana urusniaga emas fizikal kini menjadi semakin pilihan ramai dalam menyimpan kewangan secara peribadi bersekali menjadikannya pelaburan jangka masa panjang kerana nilai emas tidak seperti wang kertas yang berlaku inflasi. Skim kutu emas antara salah satu mekanisme dalam membantu orang ramai dapat memiliki emas dalam kuantiti atau timbangan yang disasarkan. Menerusi Parameter Pematuhan Syariah Skim Kutu Emas ini isu-isu yang berlaku dapat diselesaikan mengikut garis panduan syariah dan memberikan manfaat kepada orang ramai khususnya umat Islam untuk memiliki emas sama ada bagi tujuan simpanan, pelaburan dan koleksi peribadi.

Team Member
  1. MUHAMAD ZUHAILI BIN SAIMAN
Result