SEMAJAR BOX

Video
Abstract

“SEMAJAR BOX” ADALAH UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS JAWI MELALUI SELIT, MAIN, BELAJAR

ABSTRAK

Inovasi ini dihasilkan sebagai salah satu bahan bantu sumber pengajaran dan pembelajaran Abad ke 21. Sepanjang musim pandemik ini terdapat murid yang mengalami masalah tidak dapat mengikuti kelas pembelajaran secara online kerana tiada telefon mudah alih, tiada talian internet yang baik dan sebagainya.“Semajar Box” adalah idea asli dari kami sendiri. Idea  inovasi ini tercetus adalah ekoran dari saya dapati masalah pembelajaran dan penurunan peratusan jawi yang berlaku sepanjang musim pandemik ini. Inovasi yang dihasilkan adalah “Semajar Box” yang mana didalam kotak tersebut mengandungi semua tajuk yang terdapat didalam buku teks jawi tahun 1 Sekolah Agama.“Semajar Box” ini disasarkan pada murid tahun 1 yang mempunyai masalah pembelajaran secara online dan ianya sesuai juga pada murid tahap 1 yang lemah dalam matapelajaran jawi.“Semajar Box” ini diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran “Selit,Main dan Belajar” dengan antara bahan sokongan yang terdapat didalam kotak tersebut adalah kad selit, dan beberapa jenis aktiviti  berkaitan jawi dan latihan pengukuhan yang sesuai. Di samping itu, penghasilan “Semajar Box” ini juga telah membantu guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran menjadi lebih seronok dan berkesan. Ianya membuatkan murid tersebut tidak ketinggalan pelajaran jawi dalam musim pandemik. Saya fokuskan pada matapelajaran asas jawi kerana jawi adalah antara mata pelajaran yang penting di sekolah agama. Jika murid tersebut tidak dapat menguasai asas jawi maka amat sukar bagi mereka untuk menguasai mata pelajaran yang lain di sekolah agama. Menulis dan membaca tulisan jawi juga adalah satu kelebihan di kalangan anak-anak serta ia memudahkan mereka dalam belajar Al-quran nanti.“Semajar Box” juga mudah dibawa kemana-mana sahaja serta boleh diguna pakai untuk kelas pemulihan jawi. Setelah proses perlaksanaan inovasi “Semajar Box” ini dilaksanakan, ia menunjukkan hasil pembelajaran yang  memuaskan berbanding sebelumnya. Murid juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Team Member
  1. NURUL AINN FATIHA BINTI ANNUAR
  2. SITI SUHAILA BINTI BASIR
Result