MAGNETIC BOWLING
“MAGNETIC BOWLING”
MENGATASI MASALAH BANDING BEZA ANTARA SIFAT WAJIB DAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
MURID TAHUN 2 SRA SIJANGKANG, KUALA LANGAT, SELANGOR
KUMPULAN PENYELIDIK
NORAISHAH BINTI MOHD SAID
NUR AZIMAH BINTI ALIAS
NUR ZAWANI BINTI RAHIZAN
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah murid membanding beza
antara sifat wajib dan sifat mustahil Allah bagi matapelajaran Tauhid tahun 2 di Sekolah Rendah Agama Sijangkang, Kuala
Langat, Selangor. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
pembelajaran dan pengajaran serta latihan harian. Hasil tinjauan mendapati seramai
10 orang murid tidak dapat membanding
beza antara sifat wajib dan sifat mustahil bagi Allah dengan
betul. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk mencari jalan penyelesaian
bagi menarik minat murid belajar seterusnya dapat membuat perbandingan tersebut
dengan betul. Kami telah membina satu modul iaitu “Magnetic Bowling” bagi mengatasi masalah tersebut. “Magnetic
Bowling” adalah magnet dan pin boling mainan. Kutub yang berlainan digunakan
untuk membezakan atara sifat wajib dan sifat mustahil bagi Allah. Magnet
berkutub utara dilekatkan pada pin boling dan ditanda sebagai sifat wajib bagi
Allah manakala, sifat mustahil bagi Allah pula dilekatka dengan magnet berkutub
selatan. Satu magnet berasingan yang berkutub selatan ditanda dengan bentuk
anak panah. Magnet ini akan digerakkan ke arah pin boling yang telah ditanda
dengan sifat wajib dan sifat mustahil bagi Allah. Pin boling yang yang ditanda
dengan sifat wajib bagi Allah akan tertarik ke arah magnet bertanda anak panah
kerana masing-masing berlainan kutub. Manakala magnet yang bertanda sifat
mustahil bagi Allah akan menolak magnet bertanda anak panah. Hasil dapatan
kajian menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Tiga orang murid yang mendapat
markah paling rendah semasa ujian pra dijalankan berjaya mendapat 8 dan 9
markah dalam ujian post. Selain itu, murid yang mendapat markah sederhana semasa
ujian pra dijalanan berjaya mendapat markah penuh dalam ujian post. Secara
keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang amat
memberangsangkan kerana murid dapat membanding beza antara sifat wajib dan
sifat mustahil bagi Allah dengan lebih baik.
- NORAISHAH BINTI MOHD SAID
- NUR'AZIMAH BINTI ALIAS
- NUR ZAWANI BINTI RAHIZAN
