AUTO SHARP BOX (ASB)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan kaedah Auto Sharp Box (ASB) terhadap masalah kebersihan bagi murid Tahun 3 Izdihar di Sekolah Rendah Agama Jenjarom. Kaedah temubual, soal selidik, ujian pra dan pos serta pemerhatian telah digunakan untuk mengumpul maklumat bagi kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan kaedah Auto Sharp Box dapat meningkatkan tahap keberkesanan kebersihan yang tinggi dan minat murid dalam menjaga kebersihan bagi murid tahun 3 Izdihar di dalam masalah sampah di bilik darjah. Implikasi dari kajian yang dijalankan telah memberi keputusan yang positif dan memberangsangkan. Tahap kebersihan di kawasan sekitar bakul sampah semakin bersih dan tiada lagi sisa rautan pensil bertaburan. Hal ini bermakna, murid Tahun 3 Izdihar dapat menggunakan kaedah Auto Sharp Box dengan baik seperti yang dikehendaki oleh pengkaji. Kami berharap hasil inovasi ini dapat diaplikasikan dan memberi motivasi kepada murid khususnya dan warga sekolah umumnya dalam menjaga kebersihan kelas, pejabat, bilik guru, dan kawasan sekitarnya. Kami juga berharap hasil inovasi ini dapat diketengahkan kepada pihak yang berkenaan untuk diperluaskan dan dikongsi bersama.
Kata kunci: Auto Sharp Box, kebersihan bilik darjah, keberkesanan masalah kebersihan yang tinggi dan minat murid.
- MOHAMMAD SAUFFI BIN YUSOF
- NURUL NADZIRAH BINTI SALEHUDIN
- MUHAMMAD FARIS BIN MOHAMAD ALI
- MUHAMMAD SHAHRUL AKMAL BIN SHAMSUDDIN
