ANDROID APPS: I-SOUND ADHAN & QIBLA (APLIKASI AZAN DAN KIBLAT BAGI OKU PENGLIHATAN)

Video
Abstract

ANDROID APPS: i-SOUND ADHAN & QIBLA (APLIKASI AZAN DAN KIBLAT BAGI OKU PENGLIHATAN)

 

Muhammad Amirool Fahmi Bin Razali

Sekolah Rendah Agama Bandar Country Homes, Rawang

hasfa9311@gmail.com

 

Muhammad Faeez bin Nor Apendi

Fz Comsoul Resources

Faeez.muhammad@yahoo.com

 

Hidayatul Najwa binti Sabaruddin

Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamudin, Klang

najwa.9310@gmail.com

 

 

Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan dikategorikan sebagai golongan minoriti di negara ini yang sebahagiannya adalah orang Islam. Golongan ini sering dikaitkan dengan kekurangan alat bantuan, terutama dari segi pengajian Islam yang komprehensif dan holistik yang memerlukan penganutnya untuk mendalami pengetahuan agama seterusnya menyempurnakan tuntutan agama. Sejajar dengan kemajuan teknologi dan kecanggihan telefon bimbit yang pesat, terdapat banyak aplikasi azan dan kompas arah kiblat kini dibangunkan di pasaran. Walau bagaimanapun, aplikasi yang sedia ada perlu ditambah baik kerana ia dibangunkan untuk orang tipikal dan perkara tersebut menyukarkan orang kelainan upaya penglihatan untuk menyentuh butang-butang navigasi yang terdapat pada aplikasi tersebut. Justeru, Android Apps: i-Sound Adhan & Qibla dibangunkan khas untuk golongan kelainan upaya ini untuk membantu mereka mengetahui waktu solat dan mendapatkan arah kiblat. Aplikasi ini dibangunakan menggunakan aplikasi Adobe Flash dan terbahagi kepada dua pilihan iaitu waktu azan dan arah kiblat. Pengguna juga boleh menetapkan lokasi dan arah kiblat secara terperinci dengan hanya swipe arah kanan, kiri, atas dan bawah sahaja. Kelebihan aplikasi ini adalah pengguna boleh menggunakan aplikasi ini tanpa bantuan orang lain dan pengguna hanya perlu meleret (swipe) skrin untuk navigasi. Pengguna boleh mendapatkan arahan dan info daripada suara yang ada di dalam aplikasi tersebut. Walaupun aplikasi ini dibangunkan khas untuk golongan OKU Penglihatan, aplikasi ini juga boleh di gunakan oleh golongan tipikal kerana antara muka (interface) nya yang menarik dan mudah difahami. Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna tidak perlu membeli alat-alat (device) tambahan untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat kerana segalanya boleh didapati di dalam aplikasi ini. Selain itu, dengan terbangunnya aplikasi Android Apps: i-Sound Adhan & Qibla ini, dapat membantu OKU Penglihatan untuk menunaikan solat tepat pada waktunya seterusnya menjaga salah satu daripada maqasid syariah mereka. Konklusinya, Android Apps: i-Sound Adhan & Qibla adalah aplikasi yang sangat membantu OKU penglihatan untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat dengan tepat dan mudah.

 

 

OKU penglihatan, Aplikasi android, Waktu azan, Arah kiblat


Team Member
  1. MUHAMMAD AMIROOL FAHMI BIN RAZALI
  2. MUHAMMAD FAEEZ BIN NOR APENDI
  3. HIDAYATUL NAJWA BINTI SABARUDDIN
Result