EBOOK MACAMANA NAK TULIS LITERATURE REVIEW
e-BOOK ‘MACAMANA NAK TULIS LITERATURE REVIEW?’
Nurhidayah Muhammad Hashim
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
UiTM Shah Alam
nurhi923@uitm.edu.my
Siti Zaiton Mohd Hashim
Jabatan Sains Data, UMK
Siti Fatahiyah Mahamood
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
UiTM Shah Alam
sitif006@uitm.edu.my
Hajar Opir
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
UiTM Shah Alam
hajar_opir@uitm.edu.my
Institut Kesihatan
Kebangsaan Malaysia
KKM
Fatin Nabilah Abdul Wahid
Akademi Pengajian Islam Kontemporari
UiTM Shah Alam
afatinna@uitm.edu.my
Roslinda Alias
Fakulti Pendidikan
UiTM Puncak Alam
linda512@uitm.edu.my
ABSTRAK
Satu kajian yang baik sama ada penyelidikan biasa atau penyelidikan
pelajar peringkat Sarjana dan PhD memerlukan penulisan literatur yang tersusun,
kritis dan memberi kefahaman yang membina kepada pembaca. Ia boleh membawa
pembaca memahami beberapa persoalan di sebalik tabir kajian seperti apakah yang
pernah dikaji oleh penyelidik terdahulu berkenaan isu terpilih dan kenapa kajian
yang ingin dibuat adalah penting dan bermanfaat. Walaupun penyelidik,
termasuklah pelajar-pelajar pasca siswazah umumnya mengetahui kepentingan literatur
dan betapa penting literatur atau kajian terdahulu dianalisa dengan baik dan ditulis dengan sifat
memujuk (persuasive) dan kritis (critical),
namun ramai yang masih tidak jelas
bagaimana literatur perlu ditulis. Penulisan yang berbentuk memandu arah atau
menunjuk cara bagaimana literatur ditulis agak terbatas di Malaysia, apatah dalam
bentuk ebook yang boleh dibeli secara pembelian atas talian, dimuat
turun (download) dan boleh dibaca di mana-mana sahaja menggunakan peranti
yang ada. Hasil yang diketengahkan di sini bermatlamat untuk
membantu pengkaji, penulis termasuklah pelajar-pelajar pasca yang mencari-cari
panduan mudah tentang bagaimana literatur ditulis. Ia merupakan satu inovasi dalam
bentuk ebook yang bertajuk ‘Macamana Nak Tulis Literature Review,’ dengan
penulisan yang mudah difahami dan dapat membantu pembaca berkenaan bagaimana cara penulisan yang baik untuk
mereka jadikan panduan. Hasil ini adalah dalam bentuk elektronik atau disebut ebook yang mudah
disimpan, dibuka dengan hanya menggunakan peranti tanpa memerlukan ruang. Ia
boleh dibaca di mana-mana sahaja dan menjadi panduan mudah untuk pembaca
mendapat panduan dalam mencapai hasrat mereka menyiapkan penulisan kajian
dengan baik, tersusun dan menarik. Ebook ini adalah unik kerana ianya dalam bentuk elektronik, mudah
diperolehi, bersesuaian dengan peredaran zaman yang menggunakan internet dan
atas talian. Bahkan ia ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca dan disertakan dengan
contoh-contoh bagaimana seharusnya literatur ditulis, dikupas, dibanding dan dianalisa. Ebook ini amat
membantu pembaca, para pengkaji terutama pelajar pasca yang memerlukan
panduan dalam pengajian mereka. Ebook ini sudah siap dan boleh
dibeli secara atas talian pada bila-bila masa dan terus boleh dibuka dan dibaca di mana-mana sahaja. Ebook
ini disempurnakan dan dipasarkan di sebuah domain yang
disediakan oleh MSGA Sdn Bhd dengan laman web khusus iaitu www.hidayahhashim.biz. Ebook ini
berpotensi untuk dipasarkan dengan lebih meluas bagi membantu lebih ramai
pengkaji untuk menulis literatur dengan lebih baik, sekali gus membantu
menyempurnakan sebahagian daripada penyelidikan mereka dengan lebih cepat dan
mudah.
Keywords: Ebook, Literatur review, Internet, Penyelidikan
- NURHIDAYAH MUHAMMAD HASHIM
- SITI ZAITON MOHD HASHIM
- SITI FATAHIYAH MAHAMOOD
- HAJAR OPIR
- NORSYAMLINA CHE ABDUL RAHIM
- FATIN NABILAH ABDUL WAHID
- ROSLINDA ALIAS
