TEKNIK CELIK JARAK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS MURID PRASEKOLAH INOVATIF SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4.
Kemahiran menulis merupakan salah satu komponen asas
di dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran
menulis membolehkan mereka menyampaikan maklumat, mesej atau komunikasi dalam
bentuk tulisan. Hasil tinjauan awal mendapati murid prasekolah Inovatif sering
menulis rapat setiap patah perkataan yang sepatutnya ditulis secara jarak. Kajian
ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah kaedah “Celik Jarak” dapat
meningkatkan penguasaan murid dalam menulis. Kajian ini menggunakan batang aiskrim
sebagai alat untuk murid menjarakkan tulisan perkataan dengan perkataan Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan
Pasir Gudang 4. Sampel kajian terdiri daripada 5 orang murid Prasekolah yang
berumur 6 tahun. Data dikumpul melalui hasil kerja, pemerhatian dan refleksi
guru. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan Teknik Celik Jarak berkesan
dalam meningkatkan kemahiran menulis murid Prasekolah Inovatif Sekolah
Kebangsaan Pasir Gudang 4.
- MOHAMAD AMEER NURASHID BIN ABDUL WAHID
- UMMI AFIQAH BINTI ABDUL WAHID
