MYBBM CASTLEFIELD

Video
Abstract

“MyBBM DIGITAL CASTLEFIELD”  

MOGANADASS A/L PURNSHATMAN

SJKT CASTLEFIELD (BBD8451)

PPD DAERAH PETALING PERDANA, PUCHONG, SELANGOR.

g-61362796@moe-dl.edu.my

 

ABSTRAK

Projek Inovasi ini bertujuan membincangkan amalan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) secara digital di kalangan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil . Objektif projek inovasi ini adalah mengenalpasti masalah-masalah penggunaan BBM di kalangan guru-guru , mengetahui tahap  keberkesanan penggunaan BBM serta mengenalpasti pendekatan yang paling sesuai dan efektif bagi guru-guru menggunakan BBM digital dalam Pdpc secara talian. Walaupun pendidikan digital berkembang pesat di negara kita, namun pendidikan digital tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh di sekolah-sekolah SJKT. Penggunaan ICT  (Information and Communication Technology) dalam pengajaran dan  pembelajaran pada abad ke-21 ini memainkan peranan yang penting sejajar perkembangan semasa  teknologi dunia. Walau bagaimanapun tahap pengetahuan murid-murid SJKT  mengenai penggunaan teknologi ICT amat rendah. Justeru, peranan guru-guru di SJKT  menjadi pemangkin utama kepada perubahan ini. Tambahan, kewujudan norma baharu menjadikan Pendidikan Digital sebagai alat kritikal PdPc semasa penularan wabak Covid-19. Projek Inovasi ini turut melihat amalan penggunaan  BBM digital di kalangan guru-guru  SJKT. Ekoran itu, Projek Inovasi yang bertajuk “MyBBM Digital Castlefield”  akan membawa transformasi dalam pendidikan digital era Revolusi Industri 4.0. Projek inovasi “MyBBM Digital Castlefield”   akan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat di kalangan murid-murid dan memantapkan Pdpc secara digital serta merapatkan jurang digital di antara sekolah di bandar dan luar bandar. Projek inovasi “MyBBM Digital Castlefield”  akan memudahkan para guru menggunakan BBM  yang diperlukan melalui satu pusat (One Stop Centre). Inovasi ini akan menjimatkan masa, perbelanjaan guru terhadap BBM, serta meningkatkan professionalime perguruan dalam norma baharu ini.  Murid-murid akan belajar dengan seronok serta meningkatkan minat murd-murid terhadap penggunaan BBM menerusi projek inovasi“MyBBM Digital Castlefield” .

Kata kunci: bahan bantu mengajar, pendidikan digital, ICT, PAK-21

Team Member
  1. MOGANADASS PURNSHATMAN ( SJKT CASTLEFIELD)
Result