GLOSARI DIGITAL ISTILAH BUDAYA TERJEMAHAN MELAYU-ARAB.
GLOSARI DIGITAL
ISTILAH BUDAYA TERJEMAHAN
MELAYU-ARAB
Raudzah binti Sheikh Salleh
Program Pengajian Arab dan Tamadun
Islam
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Bangi
Suhaila Zailani @ Hj.Ahmad
Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun
Islam
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM),Bangi
suzail@ukm.edu.my
Maheram Ahmad
Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun
Islam
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Bangi
Fatin Nabilah binti Abdul Wahid
Akademi Pengajian Islam
Kontemporari, UiTM Shah Alam
afatinna@uitm.edu.my
Pengajian
penterjemahan secara umumnya dikaitkan dengan disiplin dan proses memindahkan
satu bahasa kepada bahasa yang lain. Walaubagaimanapun, pentakrifan konsep
penterjemahan perlu dilihat daripada perspektif yang lebih luas, bukan sahaja
terbatas kepada menterjemah bahasa
bahkan mencakupi budaya, persepsi, adat resam dan banyak lagi. Dalam konteks
terjemahan budaya, penguasaan dan pemilihan istilah sangat signifikan bagi
seseorang penterjemah dan penyelidik untuk menangani konflik menterjemah elemen
budaya daripada pasangan bahasa yang berbeza. Namun begitu, usaha menterjemah
elemen budaya seringkali berhadapan dengan kekangan dan cabaran memandangkan
wujudnya perbezaan dalam pemahaman tentang budaya yang luas mencakupi pelbagai
aspek kehidupan seharian dan ketiadaan padanan dan ciri sesuatu konsep budaya
tersebut baik dalam bahasa sumber mahupun bahasa sasaran. Atas pertimbangan
sebegini, sangat penting bagi penterjemah, penyelidik dan pelajar dalam
pengajian penterjemahan memiliki glosari yang menghimpunkan istilah berkaitan
untuk dijadikan panduan dan rujukan perintis dalam bidang ini. Sejajar dengan integrasi
teknologi dalam Revolusi Industri ke-4, penggunaan multimedia interaktif
sebagai medium pengajaran dan pembelajaran merupakan satu langkah inovatif
untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara umumnya dan penterjemahan secara
khususnya. Salah satu kaedah kreatif yang akan diaplikasikan untuk tujuan
tersebut ialah glosari versi digital. Pembelajaran menerusi glosari digital yang
sifatnya mudah diakses ini bukan sahaja dapat mendedahkan pelajar secara kreatif dan kritis kepada himpunan
istilah utama dalam bidang ini malah meningkatkan lagi pemahaman mereka. Di
samping itu juga, glosari ini berguna kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam
menambah pengetahuan dan memelihara keintelektualan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu dan bahasa komunikasi yang standard. Oleh itu, kajian ini bertujuan
menghasilkan glosari versi digital yang bercirikan elemen teks, grafik, audio
dan flip dengan mengambil sampel elemen budaya yang terbatas kepada tiga kategori
sahaja iaitu bahasa, material dan sosial daripada buku Bijak Si Katak Bijak karya
Sasterwan Negara, Prof Siti Zainon Ismail. Kategori elemen budaya ini
disesuaikan daripada pengkelasan yang dikategorikan oleh Newmark (1988) dengan
mengaplikasikan gagasan strategi Foreignization dan Domestication oleh
Venuti (1995) dan digarapkan dengan prosedur kesamaaan dinamik oleh Nida
(1964). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan dengan
kaedah kualitatif. Kesimpulannya, kajian ini berupaya mengisi lompang dalam
kepustakaan pengajian penterjemahan berbahasa Melayu-Arab di samping merapatkan
lagi jurang makna penterjemahan budaya yang sering dihadapi oleh penterjemah.
Akhir sekali, kajian ini diharap dapat dikembangkan lagi berbantukan multimedia
interaktif untuk melihat kesinambungan dalam penterjemahan istilah budaya daripada
kategori yang lain bagi pasangan bahasa yang berbeza.
- RAUDZAH BINTI SHEIKH SALLEH
- SUHAILA ZAILANI @ HJ.AHMAD
- MAHERAM AHMAD
- FATIN NABILAH BINTI ABDUL WAHID
