MYKITABI (BUKU GANJARAN IQRA' MBK)

Video
Abstract

MyKitabi

 

 

Hifzan Mat Hussin1, Kamarulzaman Abdul Ghani2, Norazmi Anas3, Zabri Zulkifli4

1 Fakulti Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia

E-mail: hifzanmathussin83@gmail.com.my

2 Fakulti Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia

E-mail: kamarulzaman@umk.edu.my

3Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Univerisiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Tapah, Perak, Malaysia

E-mail: norazmianas@uitm.edu.my

4Sek. Keb. Sering, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

anjungperdana@gmail.com

 

ABSTRAK

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid, termasuklah murid berkeperluan khas (MBK). Al-Quran merupakan salah satu item penting dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, selari dengan kepentingan umat Islam untuk mempelajari al-Quran. Program j-QAF di Pendidikan Khas telah dilaksanakan pada 2007 untuk memperkasakan mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan MBK. Program j-QAF di Pendidikan Khas ini hanya memfokuskan kepada Model Pengajaran Iqra’ dan Model Amali Solat untuk menghasilkan MBK yang boleh membaca al-Quran dan melaksanakan ibadah wajib solat dalam kehidupan setiap muslim. Namun, data epelaporan j-QAF pada setiap tahun menunjukkan analisis yang sangat lemah. Kebanyakan MBK hanya berada pada bacaan iqra’ 1 walaupun program j-QAF telah dilaksanakan lebih 10 tahun di Malaysia. Lantaran itu, MyKitabi telah dihasilkan sebagai kaedah untuk meningkatkan penguasaan iqra’ atau al-Quran MBK. MyKitabi adalah sistem buku ganjaran yang berfungsi sebagai alat untuk memberi star atau tanda jika murid dapat mengalih bacaan iqra’ ke muka surat baharu. Seterusnya akan diberi ganjaran jika memenuhi aras pada buku ganjaran tersebut. Hal ini pasti akan memberikan motivasi kepada MBK untuk bersungguh-sungguh membaca iqra’ atau al-Quran dan memberi keseronokan dalam mempelajari mata pelajaran al-Quran.

 

Keywords: Buku ganjaran, al-Quran, iqra’, murid berkeperluan khas, j-QAF.

 

 

 

Team Member
  1. HIFZAN BINTI MAT HUSSIN
  2. KAMARULZAMAN ABDUL GHANI
  3. NORAZMI ANAS
  4. ZABRI ZULKIFLI
Result