ROSBEELLA IMMUNITY BOOSTER
ROSBEELLA IMMUNITY BOOSTER
Nurul Izwani binti Othman
SK Kanchong Darat
012-9578154
ABSTRAK |
ROSBEELLA IMMUNITY BOOSTER ialah satu produk penggalak untuk meningkatkan imuniti badan yang dihasilkan daripada gabungan buah dan sayur iaitu ekstrak buah roselle, ekstrak pegaga, pudina dan madu kelulut.
Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa ialah tanaman yang terkenal dengan khasiatnya dalam dunia perubatan di Malaysia. Ekstrak roselle mengandungi vitamin C iaitu asid askorbik pada tahap yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram bagi setiap 100 gram roselle kering. Madu kelulut ialah madu yang terhasil daripada sejenis lebah yang tidak menyengat dikenali sebagai kelulut atau juga digelar meliponini. Madu kelulut lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kandungan Vitamin C atau antioksida yang tinggi dalam madu kelulut dan buah roselle dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel badan dan berfungsi meningkatkan daya tahan tubuh daripada penyakit berjangkit. Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica merupakan sejenis tumbuhan renek yang kaya dengan pelbagai khasiat.
Mempunyai imuniti badan yang rendah menyebabkan seseorang itu mudah dijangkiti penyakit. Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan makanan yang boleh meningkatkan sistem imuniti badan seseorang. Pasukan STEAM SK Kanchong Darat telah menghasilkan satu produk untuk meningkatkan sistem imuniti badan menggunakan gabungan sayur dan buah. SK Kanchong Darat mempunyai tanaman pokok roselle dan pegaga serta menjalankan penternakan kelulut. Oleh itu produk ROSBEELLA IMMUNITY BOOSTER dapat dihasilkan dengan kos yang sangat rendah kerana bahan utama tidak perlu dibeli dan boleh didapati di kawasan sekolah. Penggunaan produk ini dapat menjadikan murid-murid SK Kanchong Darat mempunyai imuniti badan yang kuat. Penghasilan produk ini juga mengurangkan pembaziran bahan disamping menerapkan nilai keusahawanan
|
KATA KUNCI
|
Imuniti, ekstrak roselle, ekstrak pegaga, madu kelulut, pudina, antioksida, penggalak (booster), jeli bergetah ( gummy jelly )
|
- NURUL IZWANI BINTI OTHMAN
- HASLINA BINTI MOHAMAD ALI
- NORLAILA BINTI AHMAD
- DHIYA HUMAIRA BINTI MOHD NOR HAFIDZ
- MUHAMMAD HARIEZ RIZQEEN BIN MUHAMMAD OMAR
- NUR NAIEMAN NAJMA BINTI MOHAMAD ZAMRI
- WAN ADNAN BIN WAN SALLEH
- NORAZLINAH BINTI MISKAM
