PENGGUNAAN APLIKASI E-HAFAZAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN AL QURAN DI MRSM ULUL ALBAB SG BESAR
Penggunaan
Aplikasi E-hafazan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Al Quran
di
MRSM Ulul Albab Sungai Besar
Ummi
Afiqah Bt Abdul Wahid
Maktab
Rendah Sains Mara (Ulul Albab) Sungai Besar
afiqah@mara.gov.my , fdisk8685@gmail.com
Office : 03-3216 1243
h/p : 0133912135
Amirull
Asraff Bin Md nasri
Institut
Latihan Dan Dakwah (ILDAS)
Jabatan
Agama Islam Selangor
Office : 03-3213 7808
H/p : 014-5620904
Program Ulul Albab merupakan satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran. Program pendidikan MRSM Ulul Albab ini akan melahirkan ahli professional, teknokrat, usahawan dan mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab. Semua Maktab Rendah Sains Mara di Malaysia merupakan sebuah sekolah berasrama penuh, maka timbul satu permasalahan apabila ibu bapa menyuarakan untuk meneliti perkembangan hafazan anak-anak semasa di rumah. Maka satu sistem dibangunkan bagi tujuan memastikan guru dan ibu bapa dapat memantau perkembangan hafazan pada bila-bila masa. Kajian ini dijalankan di sebuah MRSM program ulul albab. Sampel dan data kajian diperoleh daripada 10 orang ibu bapa pelajar tingkatan 1.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa Aplikasi e-hafazan sangat membantu bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam menghafaz ayat al Quran dengan lebih konsisten. Reka bentuk instrumen dan aplikasi digunakan menggunakan Aplikasi Google Form untuk pengisian data dan maklumat. Manakala Google Data Studio digunakan untuk manipulasi data mengikut kesesuaian ruangan dan carian maklumat. Makluman dan data tersebut dihimpunkan dalam satu aplikasi menggunakan perisian Appgeyser sebagai platform carian. Aplikasi ini boleh digunakan oleh pelajar dan ibu bapa untuk meneliti perkembangan hafazan anak anak semasa dirumah dan di sekolah. Data data boleh dilihat secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan mengikut fasa aplikasi. Aplikasi ini boleh diperluaskan penggunaannya kepada semua guru guru ,pelajar dan ibu bapa yang terlibat. Ruangan maklumat boleh dikemaskini mengikut kesesuaian mengikut fasa dan versi aplikasi pada masa akan datang.
- UMMI AFIQAH BT ABDUL WAHID
- AMIRULL ASRAFF BIN MD NASRI
