MODEL INTEGRASI WAKAF & IJARAH UNTUK PEMBANGUNAN SEKOLAH TAHFIZ SWASTA (MIWI 4 TAHFIZ)

Video
Abstract

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada kepelbagaian sektor di Malaysia. Antara sektor yang terkesan ialah sektor pendidikan khususnya institusi pendidikan swasta seperti Sekolah Tahfiz Swasta (STS) yang terpaksa ditutup rentetan ketiadaan pelajar dan kekangan pusingan dana kewangan untuk tadbir urus sekolah. Justeru, inovasi model ‘MIWI 4 TAHFIZ’ diketengahkan sebagai salah satu solusi yang boleh dipraktikkan oleh badan-badan tertentu di Malaysia. Model ini mengetengahkan kaedah wakaf sebagai salah satu cara di dalam perkembangan ekonomi Islam. Wakaf yang dikembangkan melalui kaedah ijarah (sewaan) dilihat dapat memberi pulangan yang besar di dalam pengembangan manfaat wakaf untuk kegunaan kebanyakan pihak. Justeru, inovasi model ‘MIWI 4 TAHFIZ’ dicadangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk perlaksanaan projek jangka masa panjang di dalam pembinaan sekolah tahfiz wakaf yang produktif dan memberi impak kepada bidang pendidikan tahfiz negara. Penubuhan Unit Perniagaan Strategik (SBU) di bawah pentadbiran dan kawalan MAIN dilihat mampu memberi sinergi di dalam aspek pengurusan khususnya kepada aktiviti perniagaan untuk menghasilkan dana. Gabungan kerjasama antara MAIN, SBU, syarikat korporat dan institusi kewangan mampu merealisasikan perkongsian pintar. Melalui hasil kolaborasi strategik di dalam pengaplikasian integrasi wakaf dan ijarah, maka penubuhan sekolah tahfiz wakaf negeri berkonsepkan perkampungan perniagaan (Business Village) mampu diinovasikan. Persekitaran ini dipercayai berkeupayaan untuk beroperasi setanding dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain. ‘MIWI 4 TAHFIZ’ dilihat mampu memberi nafas baru bukan sahaja dalam sektor pendidikan, malah memberi impak positif kepada masyarakat, agama dan ekonomi negara.

Team Member
  1. ASMADI BIN MOHAMMED GHAZALI
  2. NOOR SYAHIDAH BINTI MOHAMAD AKHIR
  3. ROHAYATI BINTI HUSSIN
  4. AZRUL SHAHIMY BIN MOHD YUSOF
  5. MUHAMMAD SAIFUL ISLAM BIN ISMAIL
Result