LEARNING APPLICATION PRODUCT: INTERNET MUAMALAT EASY (I-ME)
Berikutan
Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sebagai langkah kawalan penyebaran
wabak pendemik virus Covid-19 bermula 18 Mac 2020 menyebabkan pembatasan dan
pengurangan pergerakan orang ramai termasuklah pensyarah dan pelajar; bahkan
tidak dibenarkan masuk ke kampus dan diarahkan bekerja dari rumah dan
mengadakan kelas secara atas talian. Sehubungan itu, timbullah idea untuk
membangunkan produk pendidikan berasaskan aplikasi telefon bimbit yang dikenali
sebagai “Aplikasi i-Me” iaitu Internet Muamalat Easy. Produk ini dibangunkan
bagi memenuhi keperluan mendesak dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam bidang
muamalat khususnya bagi kod-kod subjek seperti ISC150
(Ayat dan Hadis Ahkam Muamalat), dan CTU241 (Asas Ekonomi Islam). Terma ‘easy’
digunakan bagi menerangkan maklumat berkaitan pembelajaran muamalat adalah
dengan mudah diakses, dilayari dan difahami melalui aplikasi telefon pintar.
Namun, ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah sangat signifikan. Dengan berasaskan kajian tindakan,
produk ini dibangunkan dan distruktur dengan enam bahagian utama, iaitu asas
fiqh muamalat, akad muamalat, akad yang ditegah, kamus mini muamalat, latihan
dan kuiz, dan doa kejayaan dalam muamalat. Dapatan daripada pembangunan produk
mendapati majoriti responden aitu 70 peratus (35 reponden) menyatakan
persetujuan bahawa produk aplikasi i-Me ini memberi manfaat kepada mereka,
sementara 30 peratus (15 reponden) menyatakan kurang bersetuju dan menyatakan produk
ini masih ada ruang-ruang penambahbaikan dengan mengambilkira sistem
penyampaian yang lebih mesra pengguna.
- HADENAN BIN TOWPEK
- AEMY BIN AZIZ
- AFIFAH BINTI AZMI
- MASITAH BINTI OMAR
- MOHD ZUHAILI BIN KAMAL BASIR
