PARAMETER FIQH BAGI RAWATAN PLATELET-RICH PLASMA (PRP)
Video
Abstract
Rawatan platelet-rich
plasma (PRP) adalah kaedah rawatan perubatan menggunakan sumber daripada darah manusia yang diproses.
Proses tersebut bertujuan mengasingkan PRP daripada kandugan darah manusia. PRP merupakan komponen plasma darah yang
diperkaya dengan platelet. Platelet adalah sel darah kecil yang mengandungi
lebih dari 30 protein bioaktif yang memberikan peranan penting dalam proses
pembekuan darah dan juga penyembuhan tisu. Rawatan PRP adalah rawatan yang menggunakan sumber darah
manusia bagi tujuan rawatan sama ada rawatan yang berbentuk estetik atau terapeutik.
Namun, disebabkan sumber yang digunakan iaitu darah adalah bahan najis, maka
sudah pasti ianya memerlukan penelitian yang jelas bagi penggunaannya. Syariat
Islam menyarankan umatnya untuk berusaha bagi merawat sebarang penyakit yang
dihidapi atau mengurangkan kesakitan dialami seseorang. Namun, setiap kaedah rawatan
yang digunakan termasuk rawatan PRP masih tertakluk kepada kawalan
prinsip-prinsip hukum Islam bagi memastikan rawatan tersebut tidak bercanggah
dengan ketetapan syarak. Justeru,
kajian ini telah menghasilkan satu parameter hukum fiqh bagi rawatan berasaskan
PRP. Parameter tersebut merumuskan tiga prinsip dalam pembentukan parameter tersebut iaitu (i) parameter penentuan
kesahan masyaqqah, (ii) parameter kesan
buruk penyakit terhadap pesakit dan (iii) parameter bagi penentuan jenis muharramat. Oleh itu, rawatan menggunakan
kaedah PRP sama ada rawatan dengan tujuan estetik atau terapeutik perlu
mematuhi perincian dalam semua parameter berkenaan memandangkan kaedah rawatan
tersebut tidak boleh diharuskan secara mutlak.
Team Member
- HISYAM BIN MOHD RADZI
- DR. ROSHAIMIZAM BIN SUHAIMI
- DR. MOHD HAPIZ BIN MAHAIYADIN
Result
