MODUL PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN USAHAWAN MIKRO
Kemahiran keusahawanan adalah salah satu aspek kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh usahawan untuk mencapai matlamat dań objektif dalam Pendidikan keusahawanan. Pengajaran yang berkesan merupakan teras penting dalam proses pembentukan modal insan bagi melahirkan Usahawan yang mempunyai sahsiah. Oleh itu, keberkesanan pembentukan kemahiran keusahawanan adalah melibatkan kemampuan dan keupayaan usahawan untuk meneroka peluang perniagaan dan kesedaran yang berisiko dalam aktiviti perniagaan. Maka tenaga pengajar mahir mempunyai peranan yang penting untuk memantau dan membimbing usahawan atau bakal usahawan untuk menjalankan perniagaan dengan konsisten dan sistematik. Maka dengan itu, satu modul dibangunkan untuk digunakan sebagai latihan berkala bagi usahawan untuk dibimbing dan dipantau. Modul Pemantauan dan Bimbingan merupakan kompilasi latihan asas keusahawanan dengan kebijaksanaan pengurusan kewangan yang memenuhi keperluan pengetahuan asas berkaitan konsep dan sistem serta kaedah pengurusan kemahiran keusahawan. Sebanyak 10 latihan telah dijalankan dengan menggunakan modul ini iaitu Program Pembangunan Usahawan Mikro MARA-PBT (PPUMMP). Peserta adalah terdiri daripada usahawan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menyertai PPUMMP, di mana usahawan ini merupakan Peserta yang layak menerima latihan dan lesen perniagaan. Latihan yang diberikan adalah merangkumi konsep pemantauan dan bimbingan yang melibatkan pengurusan iaitu akaun perniagaan, pemasaran, simpanan, kebersihan kiosk, tugasan, pengurusan perniagaan dan masalah perniagaan. Bentuk latihan yang diberikan adalah secara syarahan teori asas dan simulasi perniagaan yang melibatkan gerak kerja berkumpulan dan Praktikal di Kiosk. Penglibatan peserta dalam PPUMMP perlu menghadiri latihan selama 10 hari, pemantauan dan bimbingan 360 hari. Analisis menunjukkan modul ini berjaya meningkatkan pemahaman dan pengetahuan kemahiran keusahawanan di kalangan peserta dan modul ini telah dicadangkan untuk digunakan semasa sesi latihan pembentukan asas keusahawanan kepada peserta diperingkat Mikro. Modul ini berpotensi untuk digunapakai oleh lebih banyak kepada institusi latihan keusahawanan di Malaysia antaranya Majllis Amanah Rakyat, Amanah Ikhtiar dan lain-lain institusi yang berkaitan bagi mengekalkan tahap kompetensi di kalangan usahawan Mikro pada masa hadapan.
Kata Kekunci: Latihan Keusahawanan, Tenaga Pengajar Mahir, Kemahiran Insaniah, kebijaksanaan kewangan peribadi.
- TENGKU MAAIDAH BINTI TENGKU A RAZAK
- NOR AZRINA@AZURA ABD RAHMAN
- MOHAMAD SABRI HARON
- MOHAMMAD HUSNI ALI
- MOHAMMAD HAMDI ALI @ Buraidah
- NURSYAHIRA IBRAHIM
- MOHAMMAD NASRUL HAKIM BIN ROSLAN
- NOoR FAIZAH MOHD LAJIN
- AHMAD ZAKI BIN MOHAMAD AMIN
- siti khatijah deraman
