PARAMETER PENENTUAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN BERASASKAN MULTIDIMENSI
Video
Abstract
Isu kemiskinan sekiranya tidak dikawal dan
dibasmi akan mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.
Ini kerana mati kelaparan, kekurangan makanan, penyakit dan kekurangan
pendidikan dalam kalangan orang ramai boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke
lembah jenayah demi untuk menikmati kehidupan yang selesa. Had Kifayah tidak
mencukupi untuk mengukur kemiskinan, jadi ianya memerlukan ukuran daripada
pelbagai dimensi. Objektif kajian adalah untuk membuat kajian semula penentuan
asnaf fakir dan miskin berkonsepkan multidimensi supaya Pelan Pengurusan
Kitaran Hidup Asnaf (Asnaf Life Cycle Management) dapat dibangunkan dan
direalisasikan. Data primer kajian ini diperolehi melalui kaedah temubual dan soal
selidik kepada responden untuk mengenalpasti tahap pendapatan, keperluan asasi,
tahap pendidikan, pemilikan harta, kesihatan dan keselesaan penempatan. Data
sekunder pula diperolehi melalui bahan-bahan sedia ada yang terdapat di
perpustakaan seperti jurnal, prosiding, buku dan sebagainya. Hasil kajian ini
akan mengenalpasti asnaf fakir dan miskin dalam bentuk multidimensi dan
seterusnya menghasilkan parameter penentuan asnaf fakir dan miskin berkonsepkan
multidimensi. Selain itu, kajian ini akan menghasilkan Pelan Pengurusan Kitaran
Hidup Asnaf dicadangkan untuk digunapakai di institusi-institusi zakat seluruh
Malaysia.
Team Member
- AZRI BIN BHARI
- MOHAMMAD MAHYUDDIN BIN KHALID
- MOHD ASHROF ZAKI BIN YAAKOB
- MOHD FAIZ BIN MOHAMED YUSOF
- NORAZLINA BINTI MAMAT
- NURUL 'AIN BINTI MOHD
- NURFITRIYAH SALIHAH BINTI SHAHARIN
- MOHD YUSRA BIN ABDULLAH
- NURULAINA BINTI SAIDIN
- MOHD MUHAIZAM BIN ISHAK
Result
