GARIS PANDUAN KEPELBAGAIAN FATWA DI MALAYSIA

Video
Abstract
Fatwa di Malaysia merupakan ketetapan hukum syarak yang diputuskan Institusi Fatwa terdiri daripada 14 Jawatankuasa Fatwa di peringkat negeri dan satu di peringkat kebangsaan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kepelbagaian hukum dalam fatwa di Malaysia dan pada sesetengah fatwa telah mengundang kekeliruan dan polemik dalam masyarakat. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kepelbagaian fatwa yang mengundang kontroversi dalam masyarakat, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya
kepelbagaian dan mencadangkan langkah penambaikan bagi mengharmonikan isu ini. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi dan temubual seramai 8 orang responden terdiri dari Mufti, AJK Fatwa dan pakar di bidang fatwa. Data-data kemudiannya dianalisis menggunakan Software Atlas.ti 7 dengan paparan yang telah lengkap dan kemas. Dapatan menunjukkan Kepelbagaian fatwa di Malaysia dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Kajian ini telah menyediakan beberapa garis panduan yang perlu diberi perhatian terutama dalam menangani kepelbagaian fatwa yang menimbulkan polemik dalam masyarakat.
Team Member
  1. MOHD NAZRIL BIN SAAD
  2. AZRI BHARI
  3. MOHD FAIZ MOHAMED YUSOF
Result