INOVASI MOTIF BATIK PATUH SYARIAH: ADAPTASI NILAI ESTETIKA DARIPADA ILLUMINASI MANUSKRIP HIKAYAT HANG TUAH (MSS 1713)
Manuskrip Melayu adalah satu koleksi penulisan masyarakat Melayu yang dihasilkan sejak abad ke 14 hingga abad 19 Masihi dan kaya dengan daya intelektual serta nilai estetika tempatan. Namun, kekayaan ini tidak dapat menjadi model pengkaryaan generasi kini kerana dianggap satu karya lama yang usang dan tidak relevan dengan kehidupan serba moden masa kini. Justeru, adaptasi nilai estetika dalam pengkaryaan perlu dilakukan supaya nilai estetika yang tersemat pada manuskrip Melayu dapat diketengahkan dan menjadi model pengkaryaan sebagai usaha mendekatkan generasi Melayu kini kepada sumber asal peradaban Melayu. Objektif utama projek adalah menyungkil dan mengadaptasi nilai estetika pada iluminasi manuskrip Hikayat Hang Tuah (MSS 1713) menerusi kajian motif patuh Syariah dalam penghasilan karya motif batik. Keunikan yang dapat diketengahkan ialah penghasilan produk patuh Syariah pada karya batik motif buah cermai. Projek ini akan memberi manfaat kepada golongan karyawan, budayawan, usahawan dan ilmuwan kerana ia dapat menjadi sumber inspirasi dan model pengkaryaan, serta membina ruh patuh Syariah dalam adaptasi nilai estetika tradisi Melayu menerusi manuskrip Melayu.
Kata kunci: Manuskrip
Melayu, Adaptasi, Nilai Estetik, Motif, Patuh Syariah.
- FAIRUZAH BASRI
- FAIZAL HELMI B. YUSOF
- MUHAMMAD B. ABDULLAH
- FATIMAH BT HAI
- IKMAL HAFIZ B. JAMAL
- MUHAMMAD NAJIB B. ABDUL
