MODEL PENGUBAHAN TINGKAH LAKU RUKUN 15
Rukun 15 adalah sebuah model pengubahan dan pentabiatan tingkah laku mulia murid melalui pendekatan bicara kendiri atau self-talk. Pendekatan bicara kendiri ini masih kurang dipraktikkan dalam bidang pendidikan namun sering diaplikasikan dalam bidang sukan dan psikologi sebagai satu strategi mengubah set minda dan tingkah laku atlet ataupun klien. Reka bentuk model Rukun 15 dibina berasaskan model ADDIE dengan didasari atas lima konsep utama iaitu konsep niat, konsep pemikiran bawah sedar atau subconcious mind, konsep disiplin kendiri, konsep bicara kendiri dan konsep pengulangan. Dari sudut pelaksanaan, murid-murid akan melafazkan Rukun 15 dan mengulanginya selepas solat Subuh dan Maghrib, semasa perhimpunan rasmi dan setiap kali guru masuk ke kelas. Pemilihan item yang dijadikan Rukun 15 bergantung kepada isu-isu utama yang dihadapi oleh sesebuah sekolah yang dikesan menggunakan alat Kanvas Strategi Blue Ocean Strategy. Dari sudut impak, murid memperlihatkan perubahan tingkah laku positif terutamanya dari sudut kekemasan diri dan persekitaran. Keputusan SPM juga menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah yang sangat ketara dalam tempoh dua tahun di SMKA Kerian (3.33-1.97), SMA MAIWP (2.74-2.06) dan SBPI Rawang (1.70 – 1.38). Sehingga kini sebanyak 18 buah sekolah seluruh Malaysia telah mengadaptasi Rukun 15. Rukun 15 juga telah dibentangkan dalam seminar antarabangsa ICELAM (2019), program pengantarabangsaan Dayah Insan Qurani Acheh (2019) dan Seminar Kebangsaan LESTARI (2021).
- NOR AZAM BIN ABDULLAH
- AZLISHAM ABDUL AZIZ
- MOHD FAIZ MOHD BAHARAN
- GAMAROFIZAN BINTI ZAINAL ABIDIN
- RUSILAH BT ABDULLAH
- RUSLINA BINTI AHMAD
- SAIDATUL ALWA HAFIZA BINTI AYUB @ ISMAIL
