INSTRUMEN KUALITI GURU PENDIDIKAN ISLAM - QUALITY INSTRUMENTS OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS (QIIET)
Video
Abstract
Peranan guru berkualiti
sememangnya telah terbukti dan memberi impak yang besar terhadap kemenjadian
murid. Guru Pendidikan Islam (GPI) perlu bersikap terbuka, proaktif, produktif
dan menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi sebagai pemangkin ke
arah penghasilan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Quality
Instruments Of Islamic Education Teachers atau singkatannya (QIIET)
merupakan satu alat yang dibina untuk mengukur dan menilai tahap kualiti GPI di
sekolah. QIIET dibangunkan dengan menerapkan lima elemen utama iaitu penguasaan
ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran, personaliti diri, motivasi kendiri dan
persekitaran guru yang menjadi keperluan GPI dalam era pendidikan masa kini.
QIIET didadasari oleh dua model iaitu Model Kualiti Guru Cemerlang Pendidikan
Islam Kamarul Azmi Jasmi (2010) dan Model Kualiti GPI Mohd Kassim Tusin (2010).
Pembangunan QIIET telah disahkan oleh 3 orang pakar utama iaitu Prof. Dato’ Dr.
Ab. Halim Tamuri, Dr. Kamarul Azmi Jasmi dan Prof. Madya Dr. Razaleigh
Muhamat@Kawangit dengan nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.933. Kajian
yang dijalankan ke atas 714 orang GPI mendapati tahap kualiti GPI adalah pada
nilai min 4.282, SD 0.347. Sehubungan itu, kajian ini menjadi salah satu
indikator dalam mewujudkan kualiti guru yang mampan dan jitu khususnya dalam
kalangan GPI di sekolah.
Team Member
- MOHD FAIZ BIN MOHD BAHARAN
- RAZILA BINTI KASMIN
- AZLISHAM BIN ABDUL AZIZ
- NOR AZAM BIN ABDULLAH
- MOHD NOR BIN MAMAT
Result
