THE SYUKRAN PROJECT

Video
Abstract

The Syukran Project adalah satu program pembudayaan amalan berterima kasih dalam kalangan warga SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP). Program ini dilaksanakan untuk mengembalikan budaya menghargai dan berterima kasih yang semakin kurang dihayati oleh masyarakat. Program ini diinspirasikan daripada saranan Nabi SAW yang bermaksud “seseorang tidak dikira bersyukur kepada Allah selagi mana dia tidak berterima kasih kepada manusia”. Malah Sturd dan Nordstrom (2016) telah mengenal pasti kemahiran berterima kasih sebagai salah satu daripada empat kemahiran insaniah yang wajib dimiliki untuk berjaya dalam dunia bisnes masa kini. Dalam program ini, warga SMA MAIWP menulis nota terima kasih mereka pada sekeping kertas dan melekatkannya pada Papan Syukran yang ditempatkan di tempat-tempat strategik di sekolah dan asrama. Nota terima kasih mereka perlu menepati syarat 2S iaitu Sincere (ikhlas) dan Specific (spesifik). Setiap hujung minggu, Jawatankuasa projek akan mengutip Nota Syukran, melekatkannya dalam the Buku Syukran dan memuatkannya dalam Instagram TheSyukranProject. Projek ini telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling peringkat Wilayah Persekutuan dan mendapat Anugerah Perak kategori Pameran Kaunseling dalam Simposium HEM Kebangsaan 2018. Hasil pemerhatian dan analisis terhadap Nota-nota Syukran, menunjukkan bahawa program ini telah berjaya membentuk amalan berterima kasih antara warga SMA MAIWP, sekaligus menyemarakkan lagi keharmonian dan kemesraan warga. Program ini sangat berpotensi untuk disebarluaskan bukan hanya di peringkat sekolah malah di peringkat organisasi yang lebih besar baik kerajaan mahupun swasta. Penulisan ilmiah mengenai The Syukran Project telah diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan MPSM tahun 2018, keluaran Majlis Pengetua Sekolah-sekolah Malaysia. The Syukran Project juga telah dibentangkan dalam International Seminar on Islamic School Management, Phnom Penh, Kemboja pada tahun 2018.

Team Member
  1. NOR AZAM BIN ABDULLAH
  2. MOHD AZNI BIN ABU HASSAN
  3. NUR FATIN ATHIRAH BINTI ZAINI
Result