INSTRUMEN PENILAIAN KEROHANIAN (INPERO) KETENTERAAN MALAYSIA

Video
Abstract

Selari dengan Pelan Sistem Pengurusan Strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2021 - 2025 yang menekankan aspek kerohanian dalam nilai teras untuk membangunkan kesiapsiagaan sumber manusia pertahanan. Namun ketiadaan alat penilaian kendiri yang sistematik, psikometrik dan reliable dalam menilai aspek kerohanian iaitu dimensi dalaman (intangible) manusia pertahanan negara menjadi hujahan konkrit kepada pembangunan instrumen ini. Pembangunan instrumen penilaian dimensi kerohanian (intangible) yang dikenali sebagai Instrumen Penilaian Kerohanian (INPERO) dapat mengimbangi kewujudan alat penilaian ATM yang sedia ada iaitu Situational Force Scoring (SFS) dalam menilai tahap kesiapsiagaan dimensi yang nyata (tangible) pertahanan seperti; sumber manusia, kuasa tembakan, mobiliti, komunikasi dan logistik. INPERO ini dibangunkan mendasari kepada pendekatan DDR (Design Development Research) melalui sandaran epistemologi Islam, teori kerohanian Islam al-Ghazali, model kerohanian ATM dan nilai Ikrar Kesatria ATM. Ianya melalui pengesahan konsensus 15 panel pakar bidang (Kerohanian dan Nilai ATM, Pendidikan, Teologi Islam, Psikologi Islam dan Tamadun Islam) secara Metode Fuzzy Delphi dan seterusnya ia dinilai pengesahannya melalui Model Rasch. Tuntasnya, INPERO ini mampu digunakan sebagai indikator sistematik, kendiri dan bersifat psikometrik oleh ATM, agensi keselamatan dalam negara Malaysia dan luar negara dalam meningkatkan kompetensi aspek kerohanian sumber manusia pertahanan disamping aspek penilaian penampakan material. Impaknya membolehkan pihak pengurusan merangka latihan peningkatan profesional yang lebih berfokus, mengikut keperluan, spesifik dan berterusan kepada sumber manusia pertahanan dalam melahirkan kualiti kemenjadian sumber manusia pertahanan yang mampan dan jitu.

Team Member
  1. AZLISHAM BIN ABDUL AZIZ
  2. MOHD FAIZ BIN MOHD BAHARAN
  3. NOR AZAM BIN ABDULLAH
  4. MOHD NOR BIN MAMAT
  5. DAUD BIN MOHAMED SALLEH
Result