INDIKATOR KEEFEKTIFAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD) INDICATOR FOR BBM EFFECTIVE USE IN TEACHING (IBEUT)
Video
Abstract
Guru Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) perlu lebih proaktif dan
menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) serta teknologi
maklumat dan komunikasi sebagai pemangkin ke arah suasana pembelajaran yang
menarik dan memberi kesan. Indicator for BBM Effective Use in Teaching Dini
atau singkatannya iBEUT merupakan satu indikator yang dibina untuk mengukur
dan menilai penggunaan BBM guru Dini di sekolah. iBEUT dibangunkan dengan
menerapkan dua elemen utama iaitu penggunaan BBM yang bukan berunsur teknologi
dan BBM yang berasakan teknologi. iBEUT didasari oleh Model Kualiti Guru
Cemerlang Pendidikan Islam Kamarul Azmi Jasmi (2010), Model Pendidikan
Rasulullah saw serta Teori Pendidikan Ibnu Khaldun. Pembangunan iBEUT telah disahkan oleh 3 orang
pakar utama iaitu Dr. Kamarul Azmi Jasmi, Prof. Madya Kamarulzaman bin Abd
Ghani serta Dr. Rosnani binti Kaman dengan nilai kebolehpercayaan yang tinggi
iaitu 0.819. Kajian yang dijalankan ke atas 265 orang guru Dini mendapati amalan
penggunaan BBM guru Dini adalah pada nilai min 3.1019, SD 0.87093. Sehubungan
itu, kajian ini menjadi salah satu indikator dalam mewujudkan kualiti penggunaan
BBM yang efektif dan berkesan dalam pengajaran guru KBD di Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan.
Team Member
- NORAIZAN BINTI MOHSIN
- MOHD FAIZ MOHD BAHARAN
- MOHD NOR MAMAT
- SYUHAIDA IDHA BT ABD RAHIM
Result
