INOVASI TEMU DUGA TAHFIZ DALAM TALIAN UNTUK KEMASUKAN TINGKATAN 1 KE SBPI RAWANG
Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh
negara telah mencetuskan inspirasi kepada Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Integrasi Rawang untuk menginovasikan temu duga hafazan calon tingkatan 1 bagi
tahun 2021 daripada temu duga secara bersemuka kepada temu duga secara atas
talian. Inovasi temuduga ini menggunakan platform Telegram dan Google Meet sebagai
platform utama dengan melibatkan 34 orang panel penemu duga dan 611 orang
calon. Bagi tujuan kesahan, sesi ujian dijalankan secara serentak bagi setiap
sesi di mana calon perlu melalui 4 peringkat ujian iaitu ujian bertulis, ujian
hafazan, ujian tilawah dan pengetahuan Islam. Temuduga juga menggunakan
pendekatan kod bagi menentukan bilik temuduga, hari temuduga dan sesi temuduga
yang akan diberikan kepada calon pada sesi pendaftaran. Calon juga perlu memuat
turun soalan ujian yang disulitkan dan hanya boleh diakses menggunakan kod yang
diberikan 5 minit sebelum sesi hafazan dimulakan. Hasil inovasi temu duga dalam
talian, SBP Integrasi Rawang telah
berjaya menemu duga 609 calon dalam tempoh tiga hari. Inovasi ini juga dilihat
dapat menjimatkan masa dan kos khususnya bagi calon yang datang dari segenap
pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak. Keputusan temu duga ini telah
diangkat ke Bahagian Pengurusan SBP untuk proses penawaran kepada 120 orang
murid tingkatan satu di SBP Integrasi Rawang. Inovasi temu duga hafazan dalam talian
SBP Integrasi Rawang ini juga telah dibentangkan di peringkat Bahagian
Pendidikan Islam, Cyberjaya sebagai rujukan bagi sekolah-sekolah TMUA lain yang
berminat untuk melaksanakannya pada masa akan datang.
- MOHAMED KHALID BIN SHAHUL HAMEED
- NOR AZAM BIN ABDULLAH
- YUNUS BIN SALEH
- TENGKU MOHAMAD ASHRAF BIN TENGKU ZAKARIA
