DIARI MURID CEMERLANG (DMC)

Video
Abstract

Diari Murid Cemerlang (DMC) ialah sebuah diari khas untuk murid-murid SMA MAIWP dan SBPI Rawang merekodkan aktiviti-aktiviti harian mereka. DMC merupakan satu alat untuk membentuk disiplin kendiri murid yang merupakan ramuan penting untuk memperolehi kejayaan cemerlang baik dari sudut akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. DMC disusun oleh Nor Azam Abdullah, semasa beliau menjadi pengetua di SMA MAIWP dan sekarang ini di SBPI Rawang. DMC dibangunkan atas prinsip manusia perlu mengubah nasibnya sendiri (Al-Ra’du:11) dan prinsip bertawasul dengan amal saleh yang disarankan oleh Rasulullah SAW (Bukhari & Muslim). DMC dibahagikan kepada dua bahagian. Dalam bahagian pertama, murid-murid menetapkan sasaran pencapaian akademik setiap mata pelajaran. Murid-murid juga menyediakan graf garisan headcount untuk merekodkan pencapaian sebenar mereka dalam ujian dan membandingkannya dengan sasaran yang telah ditetapkan. Bahagian kedua diari pula menyenaraikan 24 aktiviti murid yang bermula daripada awal pagi sehingga waktu tidur. Murid akan menandakan aktiviti yang mereka lakukan sepanjang hari berkenaan. Setiap muka surat diari mewakili aktiviti sehari dalam kehidupan murid di asrama. DMC dijadikan dokumen rujukan semasa Dialog Prestasi Akademik bersama-sama ibu bapa, sesi mentor-mentee, sesi kaunseling individu serta rujukan kes-kes disiplin. Dari sudut operasi, DMC diselaraskan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah. Selain memantau pelaksanaan, UBK bertanggung jawab menganalisis data untuk mengenal pasti hubungan antara aktiviti harian murid dengan pencapaian akademik mereka, sekali gus  membuktikan bahawa disiplin kendiri memberikan impak yang signifikan terhadap pencapaian akademik murid (Tangney, Baumeister, & Boone, 2004). DMC telah diterbitkan dalam Jurnal Amalan Terbaik PPD Gombak Jilid 3 Tahun 2021.

Team Member
  1. NOR AZAM BIN ABDULLAH
  2. SHAJARATUDDUUR BINTI HUSSIN
  3. KAMISAN BIN SIHAM
  4. SITI AIDA BINTI IBRAHIM
  5. NOR ZURAINA BINTI ZUBIR
Result