BUKU INOVATIF WAKAF SIRI 3: WAKAF TUNAIKAN DENGAN FAHAM (WTF)
Video
Abstract
ABSTRAK
Membaca secara intensif adalah amalan yang sangat penting. Pada masa kini, bahan bacaan akademik wajar dipersembahkan dengan pendekatan yang lebih santai, ringan dan mudah difahami supaya boleh diakses dengan inklusif oleh khalayak. Ketepatan fakta dan kebenaran isi kandungan buku mesti tetap dipertahankan. Berasaskan kombinasi dua ciri penting tersebut, buku ini diperkenalkan. Ia adalah sebuah penulisan separa akademik yang bersifat inovatif, santai dan ringan. Subjek dan tema utama buku ini ialah wakaf. Buku ini diberi judul Buku Inovatif Wakaf Siri 3: Wakaf Tunaikan dengan Faham (WTF). Karya ini adalah kesinambungan kepada e-book Buku Inovatif Wakaf Siri 1 dengan tajuk “Buku Akademik Ringan dan Santai: Wakaf Tunaikan dengan Faham (BARiSan: WTF) dan buku bercetak Buku Inovatif Siri 2: Wakaf Tunaikan dengan Faham (WTF). Pendekatan penulisan seperti ini tidak bermaksud merendahkan kedudukan dan nilai sesebuah karya akademik. Tujuan utama buku ini ialah memudahkan kefahaman dan memberikan kesedaran awam tentang wakaf. Ini adalah buku bercetak dengan anggaran kos jualan sekitar RM 5.00 – RM 10.00 sebuah. Antara kandungan buku ini seperti pengenalan wakaf, cerpen wakaf, teka silang kata wakaf, cari perkataan tersembunyi, komik wakaf, kumpulan puisi wakaf dan lain-lain. Dengan penampilan, kandungan dan harga seperti ini, ia dijangka berpontensi untuk dijual dalam pasaran. Semoga buku ini akan memvariasikan lagi genre buku di pasaran serta memberikan manfaat yang maksimum kepada semua khususnya berkaitan wakaf di samping menggalakkan budaya membaca dan menulis. Dicadangkan elemen elektronik seperti AR (augmented reality) ditambah dalam karya yang akan datang.
Kata Kunci: Buku inovatif, wakaf, penulisan kreatif, Pendidikan Islam, amalan membaca dan menulis.
Team Member
- MOHD FAIZAL NOOR BIN ARIFFIN
Result
