GAMIFIKASI HIFZ AL-QURAN TAMAM
Dalam usaha menerapkan unsur pembelajaran menyeronokkan “fun
learning” dalam subjek-subjek Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran, SBPI Rawang
telah mencipta satu gamifikasi pendidikan berasaskan kad yang dinamakan TAMAM.
TAMAM menghimpunkan 100 soalan berbentuk trivia yang merangkumi
pengetahuan-pengetahuan asas berkaitan Al-Quran merangkumi ilmu tajwid, tafsir,
hafazan, fiqh al-ayat (kefahaman) dan qiraat. Setiap satu soalan ditulis atas
sekeping kad bersaiz standard seperti kad permainan yang biasa terdapat dalam
pasaran. TAMAM dimainkan dalam bentuk kumpulan sekurang-kurangnya dua orang
pemain dengan bilangan ideal antara 5 sehingga 10 orang. Pemain akan
mengemukakan soalan kepada rakan di sebelah kanan mereka berdasarkan kad yang
telah diagihkan. Giliran pemain adalah mengikut pusingan lawan jam yang
diinspirasikan daripada pusingan tawaf sekeliling Kaabah. Sekiranya soalan yang dikemukakan berjaya
dijawab, penyoal mesti menyerahkan kad soalan berkenaan kepada pemain yang
berjaya menjawabnya. Pemain yang kehilangan semua kad akan terkeluar daripada
permainan manakala pemain yang mengumpulkan kad paling banyak akan
diisytiharkan sebagai pemenang. Walaupun sasaran utama gamifikasi TAMAM ini
ialah murid-murid yang mengambil subjek Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran di
peringkat sekolah menengah, permainan ini juga sesuai dimainkan seisi keluarga
untuk memperoleh pengetahuan umum berkaitan Al-Quran. Pendekatan gamifikasi
TAMAM diyakini dapat memupuk minat murid sekali gus meningkatkan penguasaan murid
terhadap kedua-dua subjek yang dinyatakan (Hussain et. al, 2014). Selain itu
TAMAM dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga, mudah dimainkan,
informatif dan sangat menyeronokkan. (218 perkataan)
- NAJWA BINTI MUSA
- HANISAH BINTI MOHAMAD HADZIR
- YUNUS BIN SALEH
- MOHAMED KHALID BIN SHAHUL HAMEED
- TENGKU MOHAMAD ASHRAF BIN TENGKU ZAKARIA
- KHADIJAH BINTI AHMAD MAZLAN
- NOR AZAM BIN ABDULLAH
