MYUSRATI - MODUL PROFETIK PEMBANGUNAN INSAN MAHASISWA

Video
Abstract

MyUsrati merupakan modul profetik pembangunan insan mahasiswa yang dirangka bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dan kompeten. Ia merupakan modul pertama yang dihasilkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) melalui geran penyelidikan bagi mencapai aspirasi Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam kluster pendidikan berkualiti. Modul ini bersifat integral yang mengintegrasikan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Manakala reka bentuknya memetakan hala tuju dan pelan strategik UiTM berasaskan ESI (Excellence, Synergy, Integrity) dan iDART (ilmu, disiplin, amanah, rajin, tanggungjawab). Keunikan modul ini terserlah melalui kaedah penyampaian yang berasaskan IQ (interaktif al-Quran) dan ADiQ (aktiviti, dinamik, interaktif, qalbu). Komponen 3T (Tilawah, Tadabbur dan Tafakkur) juga diterapkan sebagai elemen holistik dalam pengendalian program. Manakala pelaksanaannya berorientasikan konsep mentoring dalam kalangan pelajar senior. Bagi menjayakan pelaksanan modul ini sistem pemantauan dan penilaian turut diaplikasikan. Modul ini telah dilaksanakan dan berjaya melahirkan mahasiswa yang proaktif dan produktik sejajar dengan hasrat universiti. Berdasarkan projek rintis yang telah dilaksanakan modul ini mempunyai potensi besar untuk pembangunan dan pengkomersialan di peringkat UiTM dan bahkan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Ini secara langsung menyumbang ke arah memartabatkan kemuliaan insan  bertunjangkan Maqasid Syariah.

Kata Kunci: Modul Profetik, MyUsrati, ESI iDART, Pembangunan insan, Maqasid Syariah

Team Member
  1. HAJAR BIN OPIR
  2. MOHD RAZLAN AHMAD
  3. DR AMIRATUL MUNIRAH YAHAYA
  4. MARDHIYYAH SAHRI
  5. SHOFIYYAH MOIDIN
  6. WAN YUSNEE ABDULLAH
  7. MUHAMMAD MUSTAQIM BIN ZAKARIA
  8. PM Dr Nurhidayah Muhammad Hashim
Result