REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN VIDEO QIRĀ’ĀT MENGGUNAKAN YOUTUBE

Video
Abstract

Integrasi teknologi dalam Revolusi Industri ke-4 membuka peluang perubahan corak pendidikan daripada pembelajaran secara tradisional kepada pembelajaran berasaskan teknologi. Laman web Media Baru yang berkembang seperti YouTube memberikan kemungkinan untuk melibatkan pelajar dalam ekologi pembelajaran agama seperti pendidikan Qirā’āt. Memahami Qirā’āt adalah penting untuk menentukan ketepatan bacaan al-Quran dengan maksud yang sebenar. Maka, latihan bacaan yang banyak perlu dilakukan. Namun, pembelajaran Qirā’āt secara tradisional di dalam kelas mempunyai keterbatasan waktu disamping kaedah PdPc yang digunakan kurang inovasi menjadikan pelajar kurang berminat untuk belajar. Justeru kaedah yang sesuai perlu digunakan untuk mencapai keberkesanan pembelajaran Qirā’āt. Pembelajaran menerusi video dapat membantu pelajar  mendengar dan mengikut bacaan guru dengan jelas secara berulang dan sekali gus dapat membantu meningkatkan pengusaan Qirā’āt. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan video Qirā’āt berdasarkan konsensus pakar dengan menggunakan Teknik Fuzzy Delphi. Instrumen soal selidik dibangunkan berdasarkan buku rujukan utama bertajuk Taqribul Ma'ani Fi Sharh Hirzil Amani Fil Qira'atil Sab'ah. Seramai 15 orang pakar daripada bidang al-Quran, Qirā’āt dan teknologi telah terlibat. Hasil daripada analisis Fuzzy menunjukkan sebanyak 17 item manhaj telah mendapat konsensus yang tinggi oleh pakar telah digunakan untuk membangunkan video Qirā’āt. Video yang siap dibangunkan telah dimuat naik dalam laman YouTube untuk dibuka kepada umum. Maka, kajian ini dapat menyumbang kepada perubahan inovasi dalam kaedah pembelajaran Qirā’āt menerusi video dan sekali gus dapat menarik minat pelajar. Disamping itu, ia dapat memberikan kebebasan untuk pelajar merancang pelajaran dan menerokai pembelajaran secara cepat dan tersusun di luar waktu kelas. Kajian lanjutan boleh diteruskan dengan memfokuskan lagi kajian terhadap pembelajaran Qirā’āt dalam talian dengan melibatkan manhaj bagi setiap imam Qirā’āt.

Kata kunci : Qirā’āt, Teknik Fuzzy Delphi, Video pelajaran, Teknologi pembelajaran, YouTube.

Team Member
  1. ZAINUR NADIYAH BINTI BAHARUDIN
  2. FATIN NABILAH BINTI ABDUL WAHID
  3. SUMAIYAH BINTI BAHRI
  4. UMMI SULAIM BINTI AHMAD RASHID
  5. NADIAH BINTI ZULKIFLEE
  6. NURHANISAH BINTI HADIGUNAWAN
Result