HAMASAH : INOVASI PROGRAM HAFAZAN MUSIM CUTI SEKOLAH

Video
Abstract

HAMASAH ialah program Hafazan Musim Cuti Sekolah yang dilaksanakan di SBPI Rawang, sebuah sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada kebiasaanya, sekolah-sekolah tahfiz melaksanakan program hafazan musim cuti secara berpusat di sekolah, kem latihan atau pusat-pusat peranginan. Namun sebahagian murid sukar untuk mengikutinya kerana bertembung dengan jadual aktiviti keluarga. Sehubungan itu, program HAMASAH tampil dengan inovasinya yang tersendiri yang berdiri di atas prinsip keluwesan atau fleksibiliti. Guru-guru TMUA yang terlibat dalam program HAMASAH akan menetapkan tarikh sesi HAMASAH masing masing, tempat, tempoh serta mod program; sama ada separuh atau sepenuh masa. Kuantiti hafazan yang disasarkan bergantung kepada bilangan hari program dan mod yang dipilih. Sebagai peserta, murid memilih untuk mengikuti mana-mana kumpulan HAMASAH yang disenaraikan berdasarkan kesesuaian tarikh HAMASAH yang tidak bertembung dengan program keluarga, tempat yang berhampiran dengan rumah serta skuantiti hafazan yang disasarkan. Dengan mengikuti program HAMASAH, murid akan terus menghafaz Al-Quran semasa cuti sekaligus mempercepatkan tempoh khatam. Murid-murid juga tidak perlu mengulang semua bacaan selepas kembali ke sekolah kerana guru-guru HAMASAH adalah guru TMUA. Hasil pelaksanaan program HAMASAH kali pertama, daripada 200 orang murid yang menyertainya, seramai 73 orang murid (36.5%) telah berjaya menghafaz 20-50 halaman Al-Quran dalam tempoh purata lima hari HAMASAH dilaksanakan, manakala 103 orang (51.5%) berjaya menghafaz 10-20 halaman Al-Quran. Disamping itu juga, program HAMASAH telah berjaya menyumbang RM61,190.00 kepada pendapatan kasar Koperasi SBPI Rawang. (224 perkataan)

Team Member
  1. YUNUS BIN SALEH
  2. NOR AZAM BIN ABDULLAH
  3. NOOR ASNIZA BINTI ALIAS
Result