LAGU WASIAT WIDA’ – MEMACU INOVASI MINDA MERDEKA

Video
Abstract

Lagu Wasiat Wida’ merupakan inisiatif waqaf ilmu yang diinovasikan oleh karyawan dalam menyampaikan khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW selaras dengan saranan baginda SAW. Khutbah Wida’ adalah manifestasi kasih sayang Rasulullah SAW yang sangat signifikan kepada manusia dalam pembentukan minda merdeka. Oleh kerana teks (matan) khutbah terlalu panjang menyebabkan mesej yang ingin disampaikan kurang diberi perhatian dan diingati. Justeru, usaha mempromosikan kandungan Khutbah Wida’ melalui karya seni sebagai wahana yang unik dan efisien dalam menyampaikan mesej secara santai tetapi sampai. Proses penghasilan karya ini adalah melalui integrasi lagu dan melodi yang indah serta lirik yang puitis yang digubal secara harmoni. Ia digarap selari dengan Maqasid Syariah malah kandungan lirik telah disemak dan diperakui oleh pihak berautoriti. Hasil kajian menunjukkan bahawa lagu ini diterima sebagai kaedah yang efektif dalam mengingati, memahami dan menghayati isi kandungan Khutbah Wida’. Lagu ini diiktiraf oleh pihak industri muzik sebagai karya yang berpotensi untuk dikomersialkan di peringkat yang lebih tinggi. Penghayatan terhadap lagu ini akan dapat membangunkan nilai insan yang merdeka minda dan jiwanya serta kompeten.

Kata Kunci: lagu, Wasiat wada’, minda, merdeka, khutbah

Team Member
  1. HAJAR BIN OPIR
  2. MOHD FADZIL ARSHAD
  3. JEZAN MD DIAH
  4. ELMI ALIF AZMI
  5. AZMEE BIN ABDUL MANAP
Result