MIZWALAH TAHA: INOVASI JAM MATAHARI MALAYSIA
MIZWALAH TAHA: INOVASI JAM MATAHARI MALAYSIA
Syed Kamarulzaman b Syed
Kabeer Al Hussaini
Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM)
Mohd Razlan Ahmad
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi
MARA (UiTM)
Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM)
Mohd Hafiz Safiai
Fakulti Pengajian Islam & Institut Islam Hadhari, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM)
Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM)
Ibnor Azli Ibrahim
Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi'i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam
Ahmad Zaki Fakri
Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM)
Ahmad Fakri Shaari
Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM)
Sharifah Tahirah Syed Kamarulzaman
Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM)
Jam
matahari merupakan satu daripada instrumen tradisional yang dicipta berfungsi
untuk pengukuran waktu dan merakam tarikh peristiwa khusus dalam kehidupan
seharian. Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) selari dengan matlamat penubuhannya
telah membina sebuah jam matahari sebagai usaha untuk memasyarakat dan
melestarikan ilmu falak di Malaysia pada masa kini. Jam matahari yang dikenali
sebagai Mizwalah Taha telah dibina mengikut acuan Malaysia menerusi beberapa
fungsi unik dan tersendiri, sekali gus menjadikan jam matahari tersebut
merupakan jam matahari moden pertama di Malaysia. PFSM telah membina Mizwalah
TaHa di hadapan pintu utama dewan persidangan dan tempat perlepasan jemaah haji
di Kompleks Tabung Haji (KTH), Sepang. Pembinaannya mempunyai ciri-ciri moden
sebagai mercu tanda KTH. Mizwalah TaHA merupakan jam matahari unik dan ekslusif
yang terdapat di Malaysia kerana berbentuk logo Lembaga Tabung Haji iaitu huruf
abjad Arab ‘Ta’ dan ‘Ha’. Ia dibina berdasarkan prinsip jam matahari gelang
atau ‘equatorial armillary sundial’. Badan jam matahari berbentuk huruf
‘Ta’ dan gnomon atau peranti untuk mendapatkan bayang bacaan waktu dibentuk
seperti huruf ‘Ha’. Selain berfungsi sebagai alat pengukur masa, jam matahari
merupakan peralatan yang paling mesra alam kerana hanya berpandukan pergerakan
Matahari, tidak mengeluarkan apa apa bahan pencemaran atau buangan dan hampir
tidak memerlukan penyelengaraan. Mizwalah TaHa memberi peluang kepada
masyarakat, melalui laman sesawangnya, untuk mengenali dan mempelajari sejarah,
senibina dan ilmu berkaitan ilmu falak di samping berfungsi sebagai salah satu
tarikan perlancongan. Mizwalah TaHa, adalah jam matahari pertama
di dunia dengan laman sesawang sendiri, telah mendapat
pengiktirafan antarabangsa sebagai jam matahari terhebat diantara penerima
anugerah British Sundial Society Sundial awards 2016-2020. Beberapa usaha juga
sedang dilakukan oleh PFSM untuk membina jam matahari di masjid, taman awam,
sekolah atau bangunan institusi. Usaha ini dapat meningkatkan pengetahuan ummah
untuk terus mendalami dan menguasai ilmu sains dan falak yang telah dikuasai
oleh ilmuan Islam suatu ketika dahulu.
Kata
kunci: Jam matahari, falak, astronomi, tabung haji, sundial
- SYED KAMARULZAMAN BIN SYED KABEER
- MOHD RAZLAN AHMAD
- MOHD HAFIZ SAFIAI
- IBNOR AZLI IBRAHIM
- AHMAD ZAKI FAKRI
- AHMAD FAKRI SHA'ARI
- SHARIFAH TAHIRAH SYED KAMARULZAMAN
