SAKINAH INDEX - COVID19
Kesejahteraan keluarga merupakan elemen penting dalam usaha kerajaan menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju dan makmur selaras dengan agenda dalam RMK-12 yang bertemakan Keluarga Malaysia- Makmur, Inklusif & Mampan. Keluarga adalah unit asas dalam pembangunan negara di mana kesejahteraan keluarga akan membawa kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Ini bertepatan dengan agenda kerajaan yang membolehkan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum dapat meningkatkan kesejahteraan dan menikmati taraf hidup yang lebih baik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan kesejahteraan sebagai “keadaan kesihatan yang sempurna dari segi fizikal, mental, dan sosial, dan bukan hanya bermaksud ketiadaan penyakit”. Ia bermaksud bahawa, kesejahteraan keluarga dapat dicapai apabila semua keperluan setiap ahli keluarga dapat dipenuhi berlandaskan dimensi -dimensi yang tersebut. Namun begitu, Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 -2021) yang merupakan tindakan pencegahan oleh kerajaan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) telah mengakibatkan keluarga berdepan dengan pelbagai jenis masalah dan isu, dari kemurungan, bunuh diri dan kebimbangan hinggalah ke masalah kesihatan, ketidakstabilan ekonomi keluarga, peningkatan kos sara hidup, masalah penjagaan anak dan pelbagai lagi masalah yang menjejaskan keharmonian keluarga. Justeru model sakeena index -covid 19 (DV2021E04694) dicipta untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan keluarga ketika PKP. Model ini melibatkan 9 kriteria yang diukur dalam menentukan kesejahteraan keluarga ketika pandemik iaitu penghayatan agama, hubungan kekeluargaan, ekonomi/kewangan, kesihatan, komunikasi, pengurusan anak-anak, pendapatan dan perbelanjaan, keluarga dan komuniti, perumahan dan persekitaran. Model ini di bangunkan hasil dari adaptasi model-model kesejahteraan keluarga yang sedia ada dan di tambah baik dengan kriteria yang lebih menyeluruh meli[uti keperluan kerohanian, fizikal dan keperluan mendesak ketika pandemik. Keunikan model ini ialah kesesuaian kriteria yang di bangunkan untuk diaplikasikan bukan sahaja ketika pandemik covid 19 tapi juga ketika berlaku musibah atau bencana lain pada masa akan datang. Aspek komersial model ini adalah dari segi input yang boleh di sumbangkan untuk pembinaan modul program-program kesejahteraan keluarga oleh NGO atau pihak-pihak berkepentingan. Yang lebih penting, model ini boleh dijadikan rujukan kepada semua pihak berautoriti dalam penggubalan dan perlaksanaan dasar serta program yang khusus untuk kesejahteraan keluarga dan ummah ketika PKP akibat dari sebarang bencana yang melanda.
- PM DR RAFEAH BT. SAIDON
- PM DR SITI KHADIJAH BT. MANAN
- PM DR SALASIAH HANIN BT. HAMJAH
- ULFAH MANSURAH BT ZAINUDIN
- NURZAHIDAH BT HJ JAAPAR
- FADHILAH ADIBAH BT ISMAIL
