E-TAISIR : SISTEM PENGURUSAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID SECARA BERSEPADU DAN DIGITAL

Video
Abstract

Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) merupakan satu program pembangunan sahsiah murid anjuran Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Program SUMUR meliputi empat (4) modul utama iaitu modul Berbudi Bahasa, modul Jati Diri, modul Penampilan Diri dan modul Cara Hidup Islam (Mutadayyin). Proses pelaporan dan penilaian dilakukan secara manual menggunakan borang. Sistem e-taqrir dibangunkan  untuk memudahkan pengurusan pelaporan dan penilaian program  SUMUR . Guru hanya perlu mengimbas kod qr pada kad pelajar dan membuat penilaian setiap pelajar menggunakan aplikasi yang terdapat dalam peranti telefon bimbit masing-masing. Seterusnya sistem akan menjana sijil secara automatik dan menganalisa dan menyediakan laporan bersepadu yang memudahkan pelbagai pihak . Keberkesanan sistem ialah dari segi mengurangkan masa pengurusan iaitu dari 1 minggu kepada 1 hari sahaja. Ini akan mengurangkan beban tugas guru dan penyelaras. Sistem ini juga akan dapat menjimatkan pengunaan kertas .Kalau secara manual setiap guru akan dibekalkan satu borang untuk setiap pelajar, di SMA Pekan Gurun jumlah pelajar adalah 388 orang. dengan menggunakan sistem ini borang tersebut tak perlu dicetak lagi .Secara keseluruhannya, sistem e-Sumur dapat meringankan beban tugas guru dari segi pengurusan pelaporan sehingga 80%. Sistem ini juga dapat menjimatkan penggunaan kertas bercetak dari segi kos mencetak dan penggunaan kertas sehingga 85%. Kos pembinaan sistem ini sangat minimal dan boleh dikembangkan ke sekolah lain  dan ke peringkat yang lebih tinggi seperti Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

 

Team Member
  1. MOHAMMAD NOR AZAM BIN AHMAD
  2. HASNIAH BINTI HARUN
  3. ZAINAB BINTI IBRAHIM
  4. NAJWA BINTI RAMLI
  5. KHAIRIAZMAN BIN ISMAIL
  6. SAIDATU SHIMA BINTI SUAIB
  7. ZULAIDA BINTI MAT RADZI
  8. MOHD ASRULNIZAM BIN MD YUSUF
  9. SHARUNNIZA BIN MD TAJUDDIN
  10. FARRAH HAYATY BINTI AZIZAN
Result