MODEL HIBAH MANFAAT HASIL FELDA

Video
Abstract

MODEL HIBAH MANFAAT HASIL FELDA

Norhaifa Ganti
Akademi Tamadun Islam
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia
norhaifa@graduate.utm.my

 

Mohd Khairy Kamarudin
Akademi Tamadun Islam

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Teknologi Malaysia

mohdkhairy@utm.my

 

Masyitah Khidzir
Akademi Tamadun Islam
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia
masyitah92@graduate.utm.my

 

Fatin Nur Ainaa Mustaffa
Akademi Tamadun Islam
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia

fatinnurainaa2811@gmail.com

 

 






















Kata Kunci

















































Masalah harta pusaka bagi tanah FELDA merupakan perkara yang menjadi perbahasan dalam Kertas Putih FELDA yang dilancarkan pada tahun 2019. Maka satu usaha perlu dijalankan bagi menangani masalah pewarisan kerana menurut Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 mengehadkan pewarisan kepada dua orang penama saja. Oleh itu, kaedah perancangan harta FELDA yang selari dengan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dan Syara’ perlu dibangunkan. Model hibah manfaat hasil FELDA dibangunkan melalui perbincangan berterusan bersama pakar-pakar perancangan dan pengurusan harta pusaka di Malaysia. Model ini dapat membantu generasi FELDA terhindar daripada terambil harta batil, mengelakkan persengketaan dalam kalangan waris dan memberikan jaminan di dalam sektor sosioekonomi FELDA. Apabila pewarisan dijalankan secara lancar, maka tanah dan hasil FELDA dapat digembleng dan dinikmati oleh generasi FELDA dan secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi negara dalam sektor pertanian dan perladangan. Model ini boleh diaplikasikan oleh pihak FELDA dan syarikat perancangan harta pusaka swasta dalam membantu pemilik tanah FELDA untuk merancang kaedah pewarisan. Perkara ini juga membantu masyarakat Islam khususnya di FELDA dalam menjaga harta dan keturunan selaras dengan Maqasid Syariah.



Hibah manfaat, FELDA, Pewarisan harta, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960

Team Member
  1. NORHAIFA BINTI GANTI
  2. MOHD KHAIRY BIN KAMARUDIN
  3. MASYITAH BINTI KHIDZIR
  4. FATIN NUR AINAA BINTI MUSTAFFA
Result