MODUL PEMBANGUNAN MUALAF KOMPREHENSIF DI BAITUS SALAM, LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Video
Abstract
Pembangunan kurikulum yang komprehensif pada masa kini sangat diperlukan untuk mendidik dan membimbing para mualaf. Lazimnya modul yang wujud hanya menjurus kepada aspek akidah dan fiqh sahaja. Manakala aspek ilmu yang lain dan kemahiran asas yang dilihat penting masih belum diwujudkan. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan Modul Mualaf komprehensif, holistik dan terserlah keunikannya kerana merangkumi empat modul utama iaitu pendidikan, kepimpinan, pengurusan diri dan kerjaya. Modul pendidikan merangkumi 12 Subjek iaitu Fekah I & II, Akidah I & II, Akhlak I & II, Sirah I & II, Tafsir I & II dan Hadis I & II. Kajian berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Metode pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temubual pakar dan soal selidik kepada responden yang terdiri daripada pelajar di Baitus Salam. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan analisis kualitatif iaitu metode induktif dan deduktif, serta analisis kuantitatif menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi bagi mendapatkan hasil yang tepat. Kajian ini menghasilkan 15 Modul Mualaf dan telah dilaksanakan dan diguna pakai untuk pembangunan Muallaf di Baitus Salam, Lembaga Zakat Selangor dengan pembelajaran yang lebih teratur dan mencakupi kesemua aspek. Modul ini akan menjadi perintis dan panduan yang boleh digunakan oleh semua agensi yang terlibat dengan pendidikan mualaf di seluruh Malaysia secara langsung menyumbang kepada memartabatkan kemuliaan insan berpaksikan Maqasid Syariah.
Team Member
  1. FAEZY BIN ADENAN
  2. SHOFIYYAH BINTI MOIDIN
  3. MOHD AFANDI BINTI MAT RANI
  4. AZRI BIN BHARI
  5. MOHD IZZAT AMSYAR BIN MOHD ARIF
  6. IKMAL HAFIZ BIN JAMAL
  7. SITI SARAH BINTI IZHAM
  8. ASMAA' BINTI MOHD ARSHAD
  9. AMIRATUL MUNIRAH BINTI YAHAYA
  10. Shahirah binti said
Result