APLIKASI MYMUWAQQIT: PEMBIMBING MUSAFIR MUSLIM DALAM PENERBANGAN
APLIKASI MYMUWAQQIT:
PEMBIMBING MUSAFIR MUSLIM DALAM PENERBANGAN
Syed Kamarulzaman b Syed
Kabeer Al Hussaini
Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM)
Abdul Rahonny Mohd Yusof
First Tech Solution Sdn Bhd
Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM)
Muhd Nur Azharuddin Bin Abd Rahanuddin
First Tech Solution Sdn Bhd
Mohd Razlan Ahmad
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Islamic Astronomy & Solar Astrophysic (IASA) ReNeU, Universiti Teknologi
MARA (UiTM)
Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM)
Mohd Hafiz Safiai
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM)
Ibnor Azli Ibrahim
Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi'i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam
Mymuwaqqit merupakan satu
aplikasi waktu solat dalam penerbangan yang telah dihasilkan oleh Persatuan
Falak Syar’I Malaysia (PFSM) dan First Tech Solution Sdn
Bhd. Aplikasi inovatif ini
berfungsi untuk membantu musafir Muslim khususnya menunaikan ibadah solat dalam
waktunya ketika dalam penerbangan komersial. PFSM, dengan kerjasama Malaysia
Airlines System (MAS) dan sokongan JAKIM, telah melakukan kajian dan pengumpulan
data fenomena falak dalam penerbangan selama 2 tahun. MOSTI telah menyokong
dengan dana penghasilan satu perisian
khas dalam laman web bagi kegunaan musafir Muslim. Aplikasi yang sangat mudah
digunakan ini terdapat juga dalam versi android. Pengguna hanya perlu
memasukkan nombor penerbangan dan waktu penerbangan pada ruang yang disediakan
untuk mendapatkan maklumat waktu solat dalam perjalanan ketika bermusafir. Di samping
terdapat ruangan informasi, paparan peta perjalanan penerbangan dan pilihan
bahasa sebagai ruangan mesra pengguna. Dengan beberapa kejayaan dan
pengiktirafan yang telah diperolehi, Mymuwaqqit dapat membantu para musafir Muslim
khususnya dapat merancangkan perjalanan dan kembara mereka ketika dalam
penerbangan untuk menunaikan solat. Kini dua versi aplikasi telah dihasilkan,
satu untuk penerbangan komersial lazim dan satu lagi untuk penerbangan cater
Tabung Haji bagi jamaah haji. Rancangan susulan ialah untuk memasuki Mymuwaqqit
ke dalam Sistem Hiburan Dalam Penerbangan (SHDP) pesawat MAS dan kemudian
menjualnya kepada syarikat penerbangan lain.
Ini dapat memberi pulangan ekonomi yang baik kepada hasil ciptaan
saintis dan ulama falak Malaysia dan sudah pasti menaikkan nama Malaysia dalam
sistem penerbangan. Inovasi aplikasi Mymuwaqqit telah diberikan pengesahkan
oleh JAKIM. Ia merupakan satu aplikasi yang patuh syariah dan sudah pasti
memenuhi tuntutan maqasid Syariah serta dapat menyelesaikan persoalan-persoalan
ibadah para musafir Muslim khususnya dalam ibadah solat ketika penerbangan.
Kata kunci: waktu solat,
astronomi, musafir, kapal terbang, perisian
- SYED KAMARULZAMAN SYED KABEER
- ABDUL RAHONNY MOHD YUSOF
- MUHD NUR AZHARUDDIN ABD RAHANUDDIN
- MOHD RAZLAN AHMAD
- DR MOHD HAFIZ SAFIAI
- Prof. madya DR Ibnor Azli Ibrahim
- Datuk Sr DR Azhari Mohamed
- DR Kassim Bahali
- Prof. madya DR Abdul Halim Abd Aziz
- DR Mahamarowi Omar
