MODEL ERISP (Elderly Right in Islamic Protection Model)

Video
Abstract

Model ERIsP (Elderly Right in Islamic Protection Model) atau Model Perlindungan Hak-Hak Warga Emas merupakan model baharu perlindungan terhadap warga emas berteraskan prinsip maqasid syariah bagi menjaga hak-hak warga emas muslim. Peningkatan populasi warga emas sangat signifikan dengan pertambahan kes pengabaian mereka yang dianggarkan 675,000 kes berpunca dari sikap masyarakat yang mementingkan kerjaya dan kemewahan hidup serta menganggap mereka sebagai bebanan, kos sara hidup dan perubatan yang sangat tinggi. Model perlindungan sedia ada didapati kurang menyeluruh dan terhad kepada keganasan rumah tangga dan penderaan fizikal sahaja. Oleh itu, objektif rekacipta ini bertujuan menghasilkan satu model perlindungan warga emas menyeluruh dan holistik berteraskan lima prinsip asas maqasid syariah (agama, diri, akal, harta & keturunan) selari dengan perundangan Islam. Pembangunan Model ERIsP ini telah menggunakan kaedah Design and Development Research (DDR) melibatkan tiga fasa iaitu analisis keperluan, rekabentuk dan pembangunan serta penilaian kebolehgunaan. Kesimpulannya, model ini telah dibangunkan  berdasarkan keperluan warga emas dan kajian literatur dan telah dipersetujui kebolehgunaannya oleh pakar sebagai benteng perlindungan hak-hak warga emas selari dengan kehendak syarak dan perudangan Islam.

Team Member
  1. HASIAH MAT SALLEH
  2. RAIHANAH ABDULLAH
  3. MOHD NoRHUSAIRI MAT HUSSIN
  4. NORAZMI ANAS
  5. AMRAN ABDUL HALIM
  6. ANAZTASIA NATASHA MUHAMAD RAMLAN
  7. MOHD JAFFRI ABDUL RANI
Result