KERANGKA PENGADAPTASIAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DARI SUDUT FILANTROPI OLEH HOTEL PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

Video
Abstract

Menurut statistik terkini, sejumlah 724 buah hotel telah berjaya memperoleh sijil halal JAKIM daripada 4683 buah hotel yang mendaftar di Malaysia. Namun, daripada jumlah tersebut hanya beberapa buah hotel sahaja yang boleh diklasifikasikan sebagai Hotel Patuh Syariah (HPS). Pada dasarnya, sesebuah hotel akan dikategorikan sebagai patuh syariah sekiranya memenuhi keperluan syariah dari sudut pengurusan operasi, perkhidmatan, penyediaan makanan halal, aliran wang tunai dan juga kemudahan infrastruktur. Namun begitu dalam aspek aliran wang tunai, tanggungjawab sosial korporat (TSK) dari sudut filantropi kurang diberi penekanan dalam penilaian terhadap Hotel Patuh Syariah. Oleh yang demikian, satu kerangka pengadaptasian dibangunkan bertujuan untuk menilai kriteria-kriteria Hotel Patuh Syariah dari sudut tanggungjawab sosial korporat melalui filantropi. Kerangka ini dibangunkan menggunakan kaedah analisis kandungan melalui kajian literatur dan dokumen berkaitan pematuhan syariah dalam pengurusan hotel. Keistimewaan kerangka adaptasi ini adalah dengan menggabungkan elemen-elemen utama dalam prinsip filantropi yang terbahagi kepada dua iaitu kebajikan kewangan dan kebajikan bukan kewangan. Kerangka adaptasi ini dapat memberi impak kepada pembangunan sosio ekonomi yang lebih tersasar terutama kepada golongan-golongan yang layak mendapat bantuan daripada manfaat konsep filantropi. Nilai komersial daripada kerangka ini dapat diadaptasi oleh pengusaha Hotel Patuh Syariah dalam usaha sama melibatkan operasi perkhidmatan kepada sumbangan filantropi. Hasil kajian mendapati bahawa konsep tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi tidak diberi perhatian yang sewajarnya dalam pengurusan dan operasi Hotel Patuh Syariah. Justeru, diharap kerangka ini dapat membantu pengusaha hotel untuk menerapkan konsep tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi dalam operasi Hotel Patuh Syariah.



 Kata kunci: Kerangka, Filantropi, Hotel Patuh Syariah, Tanggungjawab Sosial Korporat,



Team Member
  1. MUHAMMAD SYUKRI MOHD ASHMIR WONG
  2. NUR HAFIZAH HARUN
  3. SHOFIYYAH MOIDIN
  4. NORAZLINA MAMAT
Result