MODEL AL-GHAF TANGANI ‘BURNOUT’ DALAM KALANGAN MAHASISWA
Pandemik Covid-19 telah mengundang pelbagai implikasi terhadap kesihatan mental dalam kalangan Mahasiswa. Gejala ‘Burnout’ adalah tanda awal kepada kewujudan permasalahan kesihatan mental yang disebabkan oleh keletihan yang ketara dari segi fizikal, emosi dan mental. Dengan situasi norma baharu, gejala ini semakin meningkat dan menjadi cabaran besar kepada para mahasiswa. Oleh yang demikian, kajian ini untuk menghasilkan Model AL-GHaF sebagai alternatif dalam menangani isu ini. Ianya amat penting sebagai langkah pencegahan kepada para mahasiswa daripada terjebak dengan pelbagai masalah kesihatan mental yang lebih teruk. Model ini terhasil dari kombinasi pendekatan Al-Ghazali dan Solution Focus Teory. Untuk mengukur keberkesanan Model Al-GHaZ, kajian telah dijalankan ke atas 100 responden dalam kalangan mahasiswa. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif dan analisis kandungan. Selaras dengan dasar strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk meningkatkan tahap kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa, Model Al-GHaZ dapat membantu mengurangkan kadar ‘Burnout’ dan seterusnya berupaya melahirkan mahasiswa yang lebih berdaya saing di peringkat global.
- AHMAD JANAIDI AB GHANI
- WAN NAIMAH BINTI WAN DAUD
- WAN MASYITAH BINTI WAN DAUD
