APLIKASI WAKAF4US SEBAGAI MEDIUM INFORMASI MAKLUMAT DAN AKTIVITI WAKAF KONTEMPORARI

Video
Abstract

Penggunaan teknologi mudah alih sebagai medium penyampaian informasi dan ilmu pengetahuan sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Lonjakan penggunaan teknologi komunikasi dilihat semakin meningkat terutamanya ketika dunia dilanda pandemik Covid-19. Justeru, pengkaji akan membina aplikasi digital yang berupaya untuk mengumpulkan semua maklumat terkini berkaitan aktiviti wakaf di Malaysia, samada berbentuk informasi, isu semasa penyelidikan, tatacara prosedur wakaf dan sebagainya. Aplikasi yang dinamakan sebagai Wakaf4Us ini dibangunkan melalui pengisian mudah alih Google Playstore Android dan juga Apple Store IOS. Keistimewaan Wakaf4Us ialah mesra pengguna kerana pengguna memperoleh info berkaitan wakaf hanya dalam Wakaf4Us sahaja tanpa perlu merujuk kepada pelbagai website di laman sesawang. Informasi wakaf yang komprehensif dapat memberi kefahaman kepada pengguna berkenaan aktiviti wakaf sekaligus dapat menggalakkan dan memudahkan pengguna menyumbangkan bagi pembangunan projek-projek wakaf yang dibangunkan di seluruh Malaysia. Oleh itu, dengan aplikasi Wakaf4Us ini diyakini mampu merancakkan lagi aktiviti wakaf kontemporari yang semakin menjadi perhatian seluruh umat Islam dan juga masyarakat setempat. Tambahan lagi, aplikasi yang dibina ini hanya menggunakan kos yang sangat ekonomi yang sudah tentu dapat mematuhi segala kehendak dan prinsip syariah semasa.

Kata Kunci: Wakaf, Kontemporari, Informasi, Aplikasi.

Team Member
  1. MOHAMAD KHAIRUL IZWAN RIFIN
  2. AFIFFUDIN MOHAMMED NOOR
  3. FADZIANI YAAKUB
  4. NOOR AZNAIM ABD LATIB
  5. SITI SARAH IZHAM
  6. NADIAH RAMLAN
  7. SHAHIRAH SAID
Result