“I-KIPS” (INOVASI KIT PEMBELAJARAN SEMBELIHAN) : ALAT MUDAH PEMBELAJARAN SEMBELIHAN AYAM

Video
Abstract

ABSTRAK INOVASI

i-KiPS (INOVASI KIT PEMBELAJARAN SEMBELIHAN) ialah kit simulasi pembelajaran berkaitan sembelihan ayam. Alat ini sesuai digunakan oleh institusi pendidikan atau individu yang ingin mempelajari tentang sembelihan ayam. Pengguna perlu mengikut arahan yang terdapat pada manual penggunaan. Disertakan juga kod QR tentang video pembelajaran sembelihan bagi memudahkan pengguna memahami tajuk sembelihan. i-KiPS dibina daripada bahan terbuang dan beberapa komponen elektrik yang mudah untuk diperolehi. Komponen yang terdapat didalam kit tersebut adalah model leher ayam yang digunakan untuk simulasi sembelihan. Pengguna akan merasakan seperti memegang leher ayam yang sebenar kerana ada alat getaran dan pada kulit ayam tersebut terdapat bahan yang seakan urat ayam. Alat ini menggunakan kuasa bateri bersaiz AA untuk berfungsi, Papan litar i-KiPS dilengkapi mentol bertujuan untuk menguji murid dan sebagai alat pengesahan sama ada urat ayam itu putus dengan baik atau sebaliknya. Apabila lampu menyala dan buzzer berbunyi ini menunjukkan bahawa simulasi sembelihan yang dilakukan oleh murid itu telah berjaya. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat , i-KiPS ini sangat membantu guru dalam pengajaran dan murid pula lebih faham serta lebih yakin untuk melakukan proses sembelihan yang sebenar seterusnya mengurangkan kesakitan pada haiwan yang akan disembelih. Dengan ini pembaziran (sembelihan tidak sah) akan dapat dihindari.

Team Member
  1. MOHD IZZREAN BIN ISMAM
  2. AFIEQ AMSYAR BIN MOHD ABDULLAH
  3. FIRHAN BIN ABDUL RAHMAN
  4. MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN ROMZI
Result