MODEL TAHFIZPRENEUR ITS DI MALAYSIA

Video
Abstract

Model Tahfizpreneur ITS Malaysia berfungsi sebagai model penjanaan sumber pandapatan sampingan kepada ITS yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan bagi menampung kos operasi dan pengurusan ITS masing-masing sehingga 60% selain yuran, bantuan dana kerajaan, wakaf dan sedekah. Model ini yang pertama seumpamanya di Malaysia berikutan model-model tahfiz sedia ada menjurus kepada pemerkasaan pendidikan tahfiz sahaja. Model terhasil melalui analisis kandungan-tematik terhadap data temubual semi struktur yang telah dilakukan terhadap ITS terpilih di Malaysia dan pakar keusahawanan dari INSKEN, MASMED UiTM, UPSI serta UMK. Model boleh direplikasi dan digunapakai oleh institusi pendidikan swasta lain seperti SAR dan institusi pondok selari dengan pematuhan syariah bagi menjaga empat daripada lima prinsip maqasid syariah iaitu agama, akal, keturunan dan harta. Model boleh dikomersilkan dengan penghasilan modul tahfizpreneur ITS sebagai nilai tambah efektif sesebuah ITS bagi mencapai sasaran Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) untuk 125,000 huffaz menjelang tahun 2050. Kajian ini ditaja sepenuhnya oleh KPT melalui geran FRGS 2018-1 (FRGS/1/2018/SSI03/UITM/03/1) bertajuk Model Tahfizpreneur Tadbir Urus Tahfiz Swasta di Malaysia dan berjaya memperoleh 6 anugerah (3-Emas, 1-Perak, 1-Gangsa & 1-Best in Theme Entrepreneurship Category A) dalam pertandingan inovasi peringkat UiTM dan antarabangsa serta berjaya menerbitkan 6 artikel jurnal berindeks SCOPUS (2), WoS (1) dan MyCite (3).

Team Member
  1. DR NORAZMI ANAS
  2. DR MUHAMMAD HAFIZ SALEH
  3. MOHD AARIFFIN MOHD TAHARIN
  4. AHMAD MUAZ AHMAD OTHMAN
  5. NUR FARHANAH IZZATI TURIMAN
  6. MUHAMMAD GHAZI FARIS ABDUL MUTALIB
  7. ZULKIFLI MOHD GHAZALI
  8. DR MUHD IMRAN ABD RAZAK
Result