NYANYI, JUMPA DAN BULAT

Video
Abstract

Inovasi yang dihasilkan ialah Kaedah “Nyanyi, Jumpa dan Bulat: Teknik mudah untuk mengenal dan membezakan antara 14 huruf Lam Qamariah dengan 14 huruf Lam Syamsiah.” Inovasi ini tercetus hasil daripada Kajian Tindakan yang telah dilaksanakan terhadap murid yang lemah di SRA Felda Sungai Tengi (JAIS) mengenai masalah tidak dapat mengenalpasti 14 huruf Lam Syamsiah dengan tepat dan betul. Hal ini kerana murid sering keliru di antara 2 tajuk iaitu huruf Lam Syamsiah dengan huruf Lam Qamariah. Maka, hasil kajian tersebut telah tercetusnya satu penemuan formula/teknik terbaru dan yang pertama dalam bidang Pendidikan Islam bagi memudahkan murid mengenal 14 huruf Lam Syamsiah dengan 14 huruf Lam Qamariah. Kaedah ini boleh digunakan untuk semua murid di dalam subjek Tajwid, Imlak, Syariah (Sukatan DINI), Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Keunikan inovasi ini merupakan gabungan didik hibur dan formula terbaru yang terdapat di lirik lagu tersebut. Liriknya juga mempunyai unsur nilai murni dan kerohanian. Inovasi ini telah dinaiktaraf kepada CD perisian dan penggunaan QR Code pada Penanda buku/Al-Quran. Selain murid, inovasi ini boleh digunakan kepada masyarakat untuk mengenal dan membezakan huruf Lam Qamariah dan Lam Syamsiah. Inovasi ini juga dapat memudahkan orang yang baru pertama kali belajar asas ilmu tajwid contohnya Muallaf atau orang bukan islam yang berminat untuk mempelajarinya. 

Team Member
  1. SALEHUDIN BIN MOHD SUHAIMI
  2. NOORNIZA BINTI ABD GHAFAR
  3. FARIZAWATY BINTI JAMARI
  4. MOHD FARKHAN BIN RUSELAN
Result