E-PEM (E- PENILAIAN MUALLAF)

Video
Abstract
Penilaian dan pentaksiran terhadap kefahaman muallaf secara holistik diperlukan setelah sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap Modul Muallaf yang telah dibangunkan. Namun ketiadaan sistem penilaian dan pentaksiran secara sistematik menjadikan keupayaan dan klasifikasi para muallaf sukar diketahui secara komprehensif. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan sistem penilaian dan pentaksiran mualaf  holistik di Baitus Salam Selangor. Seterusnya mengklasifikasi had mukallaf berdasarkan tahap kefahaman para mualaf. Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Metode pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temubual dan soal selidik kepada responden. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan metode induktif dan deduktif untuk mendapatkan hasil. Hasil kajian ini membangunkan satu bentuk sistem penilaian dan pentaksiran yang dinamakan E-Penilaian Muallaf (E-PeM) yang memudahkan dan membantu para guru dan pihak pengurusan Baitus Salam, Lembaga Zakat Selangor.
Team Member
  1. AZRI BIN BHARI
  2. MOHD AFANDI MAT RANI
  3. MARINA YUSOFF
  4. SHOFIYYAH MOIDIN
  5. FAEZY ADENAN
  6. MOHD IZZAT AMSYAR MOHD ARIF
  7. IKMAL HAFIZ JAMAL
  8. HAZRANI HALIM
  9. AMIRATUL MUNIRAH YAHAYA
  10. SITI AFIFAH MAT RANI
Result