SUPASOMA (SUDUT PARAMETER SOLAT MUDAH ALIH)
SUDUT PARAMETER SOLAT MUDAH ALIH @ SUPASOMA
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALI SOLAT TAHUN 1 HINGGA 6
DI SRA AN-NUR SERI KUNDANG, GOMBAK
JABATAN
AGAMA ISLAM SELANGOR
ABSTRAK
Inovasi yang dihasilkan dinamakan sebagai “SUPASOMA” atau SUDUT
PARAMETER SOLAT MUDAH ALIH. Objektif inovasi ini dicipta untuk membantu
memudahkan guru membetulkan dan membentuk perbuatan solat murid dengan lebih
sempurna terutama dalam membetulkan rukun fi’li bagi rukuk dan sujud sekaligus
dapat mengenalpasti murid yang masih melakukan kesilapan agar dapat diperbaiki.
Alat ini telah dijalankan ke atas 45 orang murid tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) SRA
An-Nur Seri Kundang, Rawang yang dipilih secara rawak. Sebelum inovasi ini
diperkenalkan, murid-murid tidak dapat melihat dengan jelas tentang ukuran
ketepatan perbuatan rukuk dan sujud dalam solat yang agak sukar untuk
dibetulkan secara manual atau teguran. Hasil pemerhatian guru ketika pengajaran
dan pembelajaran Amali Solat dengan penggunaan alat ini, ia telah memberi kesan
yang baik apabila murid-murid yang dapat melakukan dengan betul akan dapat
membantu rakan-rakannya pula membetulkan perbuatan rukun fi’li tersebut.
Berbanding sebelum penggunaan alat ini, hanya 52% murid yang betul melakukan
rukuk dan 58% bagi perbuatan sujud, alat SUPASOMA ini telah berjaya
meningkatkan peratus murid yang betul melakukannya masing-masing sebanyak 44% rukuk
dan 42% sujud sempurna sebagaimana yang disunnahkan menjadikan perbuatan rukuk
96% dan 100% betul serta sempurna dilakukan oleh murid-murid tersebut. Diharapkan
dengan pelaksanaan inovasi ini dapat memberi impak positif kepada peningkatan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam ibadat solat
murid-murid seawal mungkin. Produk ini perlu ada bagi setiap sekolah atau
institusi mahupun individu untuk memudahkan guru, pembimbing juga ibubapa
mengajar cara rukuk dan sujud yang betul kepada anak-anak semua.
- MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN ZAINAL ADNA
- AHMAD FAKRUDDIN BIN MAHMUD
