MODEL PEMBANGUNAN INKLUSIF KEUSAHAWANAN ZAKAT ASNAF LUAR BANDAR
Video
Abstract
Zakat memainkan peranan penting dalam menolong orang miskin untuk memenuhi keperluan hidup dan meningkatkan taraf pendapatan asnaf ke arah yang lebih baik. Bagi asnaf asnaf fakir dan miskin progresif yang sihat dan mampu berdikari, suatu program khusus boleh dirangka dan direncanakan. Oleh itu, untuk mengeluarkan golongan ini daripada garis kemiskinan, aktiviti keusahawanan boleh dijadikan suatu pendekatan berimpak disamping memacu prestasi ekonomi sesebuah negara. Lazimnya hanya satu model pembangunan keusahawanan zakat digunapakai oleh setiap Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi semua latar belakang dan demografi asnaf. Sedangkan wujudnya jurang yang luas antara kawasan bandar dan luar bandar. Berbeza dengan di bandar, masyarakat luar bandar menghadapi cabaran ekonomi yang kurang dinamik, fasiliti terhad, penggunaan sumber dan daya tidak optimum dan sebagainya. Justeru, berasaskan kepada kelestarian Maqasid Syariah dalam memastikan kehidupan asnaf terjaga dan terbela, objektif kajian ini adalah untuk membangunankan suatu model keusahawanan asnaf yang inklusif dan khusus untuk dilaksanakan di kawasan luar bandar. Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metod pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan, dan temubual responden. Data yang diperolehi dianalisis berasaskan metod induktif dan diduktif. Model yang dibangunkan ini berpotensi menjadi satu perintis dan panduan kepada seluruh agensi zakat di seluruh Malaysia.
Team Member
- DR MOHD IZZAT AMSYAR BIN MOHD ARIF
- PROF MADYA MOHD AFANDI MAT RANI
- DR FAEZY ADENAN
- IKMAL HAFIZ JAMAL
- NORAZLINA MAMAT
- MUHAMMAD SYAHRUL DEEN AHMAD ROSLI
- NURUL FARHANAH KHAIRULDIN
- SHOFIYYAH MOIDIN
Result
